Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sedikit perkongsian daripada sahabat kepada sahabat.

“INTIPATI CATATAN KULIAH

1. Kehidupan manusia bermula dari
– alam rahim
– alam fana
– alam barzakh
– alam mahsyar
– alam syurga @ neraka

2.Ketika air mani dipancarkan ke dalam rahim, 40 juta sperma berenang masuk & hanya satu sahaja yang diizinkan Allah bercantum dengan ovum untuk membentik nuftah & hidup di alam rahim sehingga 9 bulan.

3.Ketika di dalam kandungan (4 bulan) akan ditiupkan roh dan ditetapkan 4 perkara iaitu:
– rezeki
– ajal (bila, di mana, bagaimana)    
– amalan & kehidupan ( kahwin dengan siapa, berapa orang anak, adik beradik)
– ahli syurga @ neraka.

4.Walaupun telah ditentukan 4 perkara tersebut qada dan qadar manusia boleh berubah.

5.Qada dan qadar ada 2 iaitu :
– qada mubram iaitu qada yang boleh berubah melalui doa
– qada muallaq iaitu qada yang tidak boleh berubah. Cth : 40 hari sebelum kematian

6. Kita hidup di alam ini adalah dalam keterpaksaan, dipaksa & terpaksa.

7. Kita dipaksa keluar dari alam rahim ke alam fana ( dunia). Alam kanak-kanak. Alam remaja (12 – 21 tahun). Alam dewasa (22- 40 tahun). Alam tua ( lebih 40 tahun). Lebih 70 tahun disebut tua bangka.

8.Masa remaja adalah salah satu juzuk dari kegilaan. Lihatlah dunia remaja, percakapan, cara berpakaian kadang-kadang celaru dan gila. Saat remaja adalah saat kebingungan. Satu alam yang terpaksa dilalui, dari remaja dipaksa menjadi dewasa.

9. Hadis nabi ada menyebut setiap manusia Allah berikan ujian sebanyak 99 ujian kematian. Bermula dari bayi hinggalah sebelum mati. Sehinggalah ujian yang ke 100 maka kamu akan mati.

10. Sesiapa yang berusia pada umur 40 tahun tetapi dia tidak berubah sikap ke arah yang baik maknanya mereka tidak akan berubah lagi sehingga menunggu talkin dibacakan.

11.Setiap yang hidup akan merasai mati. Roh orang beriman adalah seperti minyak yang berkumpul di dalam air. Roh akan berkumpul di kaki untuk ditarik keluar. Dari kaki ke pinggang, ke perut bilamana sampai ke perut akan terdengar beberapa urat putus dan bagi lelaki terasa zakar naik ke atas lalu bagi orang beriman akan mengatakan LA ILAAHA ILLALLAH. Tapi bagi orang yang tidak beriman akan mengatakan ia cuma kebetulan sahaja, tidak ada apa-apa yang berlaku.

12. Semua makhluk Allah termasuk haiwan tahu yang roh si mati itu akan masuk syurga @ neraka kecuali jin dan manusia.

13. Tanda-tanda jenazah itu ahli neraka:
-mulut berbuih
-wajah masam
-najis keluar terlalu byk ketika sakarul maut.

14.Tanda-tanda jenazah itu ahli syurga:
-dahinya berpeluh
-hidung kembang kempis dan air matanya mengalir
– wajahnya lebih cerah ketika sakaratul maut
-najis keluar sedikit sahaja.

15. Sakitnya perempuan yang bersalin   itu adalah 1 juzuk daripada 99 juzuk kesakitan kematian.

16. Kalau boleh yang memandikan jenazah kita adalah anak-anak kita. Yang mengkafankan kita adalah anak-anak kita. Anak kita jadi imam solat jenazah kita. Maka beruntungnya kita.

17. Ustaz berkongsi doa yang dibacakan oleh anak-anak kepada ayahnya yang telah meninggal dunia.( sewaktu menziarahi jenazah seorg lelaki)

“Ya Allah ..waktu mana kami kecil, ayah kami mandikan kami dengan penuh kasih sayang, dengan penuh kelembutan. Jadi kami mandikan jenazah ayah kami ini maka Kau ampunkan dosanya ya Allah. Waktu mana kami kecil ya Allah, kami dipakaikan baju oleh ayah kami ya Allah, tapi kami lempar ke mukanya ya Allah. Jadi hari ini kami kafankan ayah kami dengan penuh kelembutan. Kau ampunkan dosanya ya Allah. Di waktu mana ayah kami menjadi imam solat kami dulu, kami lari tak nak solat. Jadi hari ini kami imamkan solat jenazah ayah kami dan Kau ampunkan dosa-dosanya ya Allah. Ya Allah Kau jadikan kubur ayah kami ini sebagai taman-taman syurga..”

18. Quran yang dibaca sebelum subuh akan menjadi peguambela sewaktu kita di alam barzakh nanti.

19. Nabi kata aku tidak pernah tengok keadaan yang sangat huru-hara seperti di padang mahsyar ini. Siapa yang selamat di alam barzakh maka selamatlah dia di padang mahsyar nanti.”

Elok ingat tentang alam barzakh. Jawatan di dunia ni sementara sahaja. Kejarlah jawatan ahli syurga yang kekal abadi.

p/s : spread the words!😉

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hmm, tak payah intro lah. Aku straight to the point je lah. Ada orang kongsi kisah ni dan aku rasa tertarik untuk sebarkan. Jom baca.

” (Kisah 3 Makhluk)

Manusia – Eh, dah subuh dah?
Malaikat – Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan – Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni…awal lagi ni..zzZZz

Manusia – Nak makan, laparlah ..
Malaikat – Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah….
Syaitan – Ahh, tak payahlah… dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia – Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat – Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan – Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia – Alamak, dah lewat!
Malaikat – Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan – Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia – Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat – Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan – Baru pukul berapa.. rilekslah..awal lagi ni.

Manusia – Eh, eh…. tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat – Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan – Perggghh… best tu…rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia – Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat – Wahai anak Adam, cegahlah ia..
Syaitan – Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia – Aku telah berdosa..
Malaikat – Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan – Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat… muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia – Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat – Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan – Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu…Jomlahhh!”

Bestkan kisah ni. Renung-renungkan.

Menu Ramadhan.

Posted: June 16, 2015 in reminder
Tags: ,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Menu Ramadhan. Kalau cari di Bazar Ramadhan memang tak akan jumpa. Menu ni hanya boleh jumpa dalam diri kita. Jom buat persiapan untuk menyediakan menu-menu ni.

” 30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN.

1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.

2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam.

3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.

4. Beri makan orang puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.

4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.

5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.

6. Sunat dhuha setiap pagi.

7. Sedekah setiap hari minima seringgit.

8. Pastikan sahur setiap hari.

9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.

10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.

11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.

12. Kurangkan ziarah ke bazar-bazar ramadhan.

13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.

14. Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasik.

15. Jauhkan aktiviti yang lagha.

16. Zikir harian, banyakkan berdoa.

17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dalam sehari.

18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah.

19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.

20. Menjaga dan menghubung silaturrahim

21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna ( bukan berpakaian tapi bertelanjang)

22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara-perkara yang dilarang.

23. Tidak berlebih-lebihan mahupun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka.

24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat – solat sunat rawatib.

24. Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)

25. Lazimi untuk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.

26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah.

28. Menjaga ikhtilat – hubungan antara lelaki dan perempuan.

29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.

30. Ikhlaskan hati kerana Allah – hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir kita.”

Syaitan kena ikat sepanjang Ramadhan. Jadi kalau masih juga buat perkara-perkara yang tak sepatutnya, maknanya diri sendirilah syaitan tu.

ps: orang kongsi, aku sebar.