Archive for December, 2012

Aku baru nak melabuhkan punggung di atas kerusi tiba-tiba datang sepasang suami isteri sambil mendukung anak. Si suami buat muka minta kaki, si isteri buat muka seposen. Si suami mula membuka mulut, “nuar, aku nak minta tolong sikit”. Aku dah agak memang itu lah ayat yang akan keluar dari mulut si suami. Si isteri buat acuh tak acuh dengan sikap si suami.

“Nak minta tolong apa?”, aku pula yang bertanya.
“aku nak pinjam duit sikit, nanti dua tiga hari aku bayar semula”, kata si suami.
“boleh percaya ke? sebelum ni itu juga ayatnya, ni dah setahun lebih tak berbayar juga”, aku kata.
“boleh la nuar, aku minta tolong sangat-sangat dengan kau”, si suami mula memujuk rayu.
Aku tengok muka si kecil, aku simpati pada dia sebab dapat ayah yang tak reti nak usaha mencari rezeki. Dan kerana si kecil rm50 bertukar tangan.

Itu kisah dua tahun lalu, sekarang si isteri dan si kecil sudah tiada, kedua-duanya dah balik kampung selepas perceraian berlaku. Dan hutang tetap tinggal hutang, bila di tanya bila nak bayar jawapannya “NANTI DULU”.

Sekarang si duda haprak tu muncul semula selepas hampir setahun menjadi buruan polis. Jadi buruan sebab dia tu “mat pit” dan jenis “panjang tangan”. Aman sekejap hidup aku bila dia takde tapi hari ini? DIA MUNCUL SEMULA

p/s bersambung?

Advertisements

Argh!! Lama sangat tak menulis, rasanya dah hampir seminggu aku tak menulis. Aku adalah aku terbengkalai, Puteri Kasih pun terbengkalai, hurmm kenapa jadi macam ni eh? kenapa makin lama aku jadi makin malas nak menulis? Kemana perginya mood menulis aku?

Actually hari-hari aku online, hari-hari aku log-in aku adalah aku, hari-hari aku log-in puteri kasih tapi setakat log-in saja, tiada usaha untuk buat apa-apa sedangkan aku sendiri tahu masih banyak komen yang belum di balas, masih banyak jejak yang belum di balas. Hurmm…… (more…)

Semak betul aku rasa dalam dua tiga hari ni. Kenapa? Aku sendiri pun tak tahu *sigh* boleh dikatakan semua benda yang aku buat serba tak kena. Kenapa???????

Aku rasa macam kepala aku ni penuh sangat sedangkan aku sendiri tak tahu apa yang kepala otak aku ni tengah fikir. Kalau aku sendiri pun tak tahu apa yang kepala otak aku fikir orang lain apatah lagi, gerenti tiada sesiapa yang dapat faham apa yang ada dalam kepala otak aku ni. Tension aku dibuatnya, boleh dikatakan tiap-tiap bulan situasi ni akan terjadi.

Macam orang perempuan datang bulan pun ada, moody memanjang cuma masalahnya aku ni lelaki so mustahil la aku datang bulan kan. Kenapa??????? (more…)