kehidupanku

Posted: December 1, 2012 in personal
Tags: , , , , , , ,

pagi-pagi bangun gosok mata, termenung atas katil, tengok kiri kanan “lambat lagi ni” baring semula sambung tidur. sejam kemudian bangun semula, gosok-gosok mata, termenung lagi tengok kiri kanan “alamak! sudah lewat” turun katil ambil tuala berkejar masuk bilik air.

masuk bilik air habis “termenung”  baru gosok gigi, kaki main acah-acah ke arah air shower yang terpasang. grrrr sejuk! selesai semua perkara. keluar bilik air dengan badan yang menggigil menahan sejuk. grrrrrrrrr!!!

masuk bilik termenung lagi depan cermin, tak tahu apa yang di perhati. melihat perut yang semakin buncit? atau melihat badan yang semakin berisi tapi tidak sekata kerana yang semakin berisi hanya pada raut  wajah dan perut..dush! abaikan semua tu, no matter what life must go on. bersiap untuk mencari rezeki yang halal *In Sha Allah*

tak sampai lima minit sudah sampai ke tempat yang di tuju, tempat aku mencari rezeki. air di jerang dan  bermula lah operasi ‘pembunuhan bersiri’ aku. seekor demi seekor ayam daging disembelih, di celur dalam air panas dan di keluarkan isi perutnya. selesai di cuci, di susun pula di dalam bekas bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan yang terbaik buat mereka.

sedikit kisah kecerewetan pelanggan yang terpaksa aku layan setiap hari. mementingkan diri, boleh dikatakan semua pelanggan aku mempunyai sikap itu. setiap kali masuk, terus di gesa supaya menyiapkan apa yang mereka kehendaki walhal masih ada pelanggan yang menunggu sebelum kedatangan dia. aku memang tak suka bila ada pelanggan bersikap mementingkan diri, biarlah orang selalu sebut “pelanggan sentiasa betul” bagi aku yang dahulu di dahulukan yang kemudian di kemudiankan, adil dan saksama dan yang paling penting bagi aku kerja mesti teratur, tak boleh kelam kabut.

selesai operasi ‘pembunuhan bersiri’ dan setelah semua mangsa ‘pembunuhan bersiri’ habis di jual, aku perlu berkejar untuk pulang ke rumah untuk membersihkan diri, solat dan sebagainya. berkejar pula ke satu lagi tempat aku mencari rezeki, menguruskan perniagaan yang telah sekian lama keluarga aku jalankan. kedai runcit kecil-kecilan saja.

sekarang bermula lah episod ‘bosan’ dalam hidup aku. melanguk sepanjang hari menunggu pelanggan masuk untuk membeli. di sini banyak duduk daripada buat kerja tidak seperti sesi ‘pembunuhan bersiri’ tadi sentiasa ada kerja yang perlu diselesaikan. di sini juga pelangan yang perlu ‘dilayan’ semakin banyak perangainya, semakin pening kepala aku untuk memenuhi permintaan mereka. dari selepas solat zohor sehingga tengah malam itu lah rutin harian yang perlu aku tempuhi.

kadangkala serabut juga kepala memikirkannya tetapi dek kerana rezeki yang perlu di cari aku tahankan juga. sabar selagi terdaya. apa juga perangai mereka aku tetap perlu bersabar. betul atau salah, mereka tetap betul hanya aku yang salah *dush*

Advertisements
Comments
  1. Puteri Kasih says:

    semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semuanya 🙂

    p/s wajah dah semakin berisi eh? 😛 hehe

  2. keyol says:

    dah letak rss feed kat blogspot, harap ada yg sudi baca 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s