Dia datang lagi.

Posted: December 4, 2012 in personal
Tags: , , , , , , , , , , ,

Arghh! Seluruh badan rasa lemah bila dia datang menyerang. Aku rasa dah lama dia tak menyerang tapi semalam dia datang semula. Erm adakah sebab aku makan maggi semalam atau pun sebab kena hujan? Kalau nak kata sebab maggi mungkin juga sebab perencah yang ada tu…. Selalunya lepas aku makan dia memang akan menyerang tapi takdelah seteruk ni. Selalunya lepas telan dua biji dia terus blah ini dah dua hari masih tak reti juga nak blah. Degil betul dia kali ni, nak boikot maggi la 😦

Malam tadi disebabkan dia aku tak dapat nak buat apa, bad mood aku dibuatnya. Nak menulis idea takde, nak blogwalking mood kelaut, nak tidur awal dia tak habis-habis menyerang sudahnya aku layan command & conquer tapi tak sempat nak serang orang aku dah lena. Aik! hebat betul penangan c&c, baru online terus lena padahal bukan main susah nak lena.

Bangun tidur ingatkan dia dah blah tapi tak juga rupanya. Buat kerja sambil bertahan dari serangan dia, muka ketat aku jadi bertambah ketat tapi alhamdulillah rezeki aku tetap ada. Habis juga dua puluh lima ekor hari ni. Syukur alhamdulillah.

Mandi tengah hari tadi, aku tercongok bawah shower punya la lama, kononnya nak sejukkan badan dengan harapan boleh hilangkan serangan dia. Alhamdulillah hilang tapi sekejap je lah. Siap mandi, bersiap tiba-tiba dia datang lagi. Arghhh! Tension aku dibuatnya, solat pun sambil menahan serangan. Berat juga dugaan aku dek kedegilan dia *dush*

Dan sekarang (masa aku menulis) dia tetap lancarkan serangan tapi semakin berkurangan. Harap dia akan hentikan serangan dan terus blah tinggalkan aku. Aku dah tak berapa nak dapat bertahan dari serangan dia, mulut ni asyik menguap je dari tadi sebab badan minta direhatkan.

Sakit kepala tolong tinggalkan aku dengan kadar segera, tak daya aku nak menahan serangan kau yang tak berkesudahan tu. Jika kau tetap berdegil aku redha cuma satu yang aku pinta…kurangkan serangan kau. Please!!!!! 😦

Advertisements
Comments
  1. Puteri Kasih says:

    sakit kepala..pergi main jauh-jauh..jangan sakiti ‘dia’ ..kesian ‘dia’ 😦

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s