aku sendiri pun tak tahu.

Posted: December 9, 2012 in personal
Tags: , , ,

Semak betul aku rasa dalam dua tiga hari ni. Kenapa? Aku sendiri pun tak tahu *sigh* boleh dikatakan semua benda yang aku buat serba tak kena. Kenapa???????

Aku rasa macam kepala aku ni penuh sangat sedangkan aku sendiri tak tahu apa yang kepala otak aku ni tengah fikir. Kalau aku sendiri pun tak tahu apa yang kepala otak aku fikir orang lain apatah lagi, gerenti tiada sesiapa yang dapat faham apa yang ada dalam kepala otak aku ni. Tension aku dibuatnya, boleh dikatakan tiap-tiap bulan situasi ni akan terjadi.

Macam orang perempuan datang bulan pun ada, moody memanjang cuma masalahnya aku ni lelaki so mustahil la aku datang bulan kan. Kenapa???????

Tapi moody aku ni hanya jadi bila kerja ‘pembunuhan bersiri’ aku berakhir. Pagi sampai tengah hari, walaupun aku kerja sorang tanpa bantuan sesiapa tapi aku susah nak moody. Sambil buat kerja kadang-kadang aku akan usik sumber rezeki aku, tak pun aku akan mandikan sumber rezeki aku atau aku akan main kejar-kejar dengan ‘cik tam’ yang menjadi penunggu setia di tempat aku laksanakan ‘pembunuhan bersiri’ tu.

Masa buat kerja ‘pembunuhan bersiri’ tu memang seronok aku rasa, mungkinkah sebab hanya masa tu aku tak perlu fikir pasal manusia lain? Erm tak juga rasanya sebab masa tu lagi serabut, aku kena layan kerenah manusia yang pelbagai tapi kenapa masa tu kepala otak aku tak serabut macam sekarang? Kenapa???????

Actually dengan binatang aku rasa aman je kepala otak ni. Walaupun ada masa binatang ni ‘banyak songeh’ tapi kebanyakan masanya binatang ni menenangkan fikiran aku. Dengan hanya menyaksikan keletah binatang kepala aku seolah-olah kosong, tenang jer rasa takde serabut langsung. Kenapa???????

Aku rasa macam ada tak lengkap jer dalam diri ni tapi aku tak pasti apa benda yang tak cukup tu. Aku selalu juga tanya diri sendiri, apa sebenarnya yang aku nak dalam kehidupan ni tapi……tetap tak dapat jawapannya.

Rumit betul cara pemikiran aku kan? semuanya serba tak kena, apa yang diri sendiri nak pun tak tahu..entah apa-apa 😦

p/s termenung seorang diri memikirkan apa sebenarnya terjadi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s