Archive for April, 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Ada lima hari lagi tempoh untuk berkempen bagi parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya umum kali ni. Suasana kempen juga semakin hari semakin panas dengan isu-isu yang dibangkitkan.

Walaupun aku ni pro pakatan rakyat tapi aku tak terlibat secara langsung dalam aktiviti kempen. Aku hanya memerhati gelagat petugas-petugas parti yang menjalankan tugas mereka, memasang bendera atau apa saja aktiviti yang berkaitan dengan parti.
(more…)

Bismillahirrahmanirrahim. Selamat sejahtera.

Sudah hampir satu minggu badan aku ni kurang sihat. Mula-mula kepala berdenyut, aku telan dua biji panadol kerana selalunya denyutan di kepala akan beransur hilang selepas itu tapi sangkaan aku silap, kepala aku tetap berdenyut.

Dua hari aku menahan denyutan di kepala dan aku sedar itu menandakan badan aku akan diserang demam. Jangkaan aku betul kerana malam itu badan aku mula membahang, tidur malam walaupun sudah pakai dua lapis baju tetap sejuk aku rasa. Dan malam itu lagi dua biji panadol aku telan dengan harapan bila bangun pagi esoknya badan aku akan kembali seperti biasa.

Bangun pagi esoknya,
(more…)

Bismillahirrahmanirrahim. Selamat sejahtera semua.

5 mei 2013, pilihanraya umum malaysia yang ke 13 akan berlangsung. Tarikh yang telah sekian lama di tunggu oleh seluruh rakyat malaysia (tunggu ke?). Seminggu saja lagi seluruh rakyat yang layak akan keluar menunaikan tanggungjawab, mengundi bagi memilih untuk menentukan siapakah yang akan menerajui pucuk kepimpinan negara malaysia yang tercinta ini (tak layak pergi main jauh-jauh). heh

Suasana kempen yang berlangsung juga semakin panas membahang. Pelbagai isu yang dimainkan, pelbagai gelagat yang dapat dilihat sepanjang tempoh kempen berlangsung. Provokasi sentiasa berlaku diantara pihak yang bertanding. Masing-masing bertungkus-lumus bekerja siang dan malam bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Dalam tempoh kempen ini lah rakyat malaysia akan dihidangkan dengan pelbagai perkara. Isu-isu yang dimainkan adakalanya lucu apabila di dengar,

(more…)