Pilihanraya, bila? Hurmm…

Posted: April 1, 2013 in personal
Tags: , , ,

Salam satu dunia! Ish! Lama tak mengemaskini blog ni, tup tup muncul nak bercerita pasal PRU pula? Heh…

Pakatan Rakyat vs Barisan Nasional, agak-agak yang mana satu akan menang? Jika mengikut pandangan aku yang tak berapa nak terang ni, PR ada peluang untuk menambah “kerusi” dan BN pasti akan bermati-matian untuk memastikan kemenangan besar berpihak kepada mereka. Tapi jujur aku cakap, dua-dua kuasa ni ada kelebihan masing-masing dan kedua-duanya perlu ada untuk memastikan kestabilan ekonomi, sosial dan segala macam keperluan masyarakat umum.

Tanpa salah satu maka pincanglah sesebuah organisasi. Kenapa? Macam dalam kehidupan manusia juga, Allah ciptakan semua makhluk-Nya berpasangan, saling menegur, saling nasihat menasihati. Walaupun caranya nampak macam bergaduh tapi kalau tak kerana adanya pembangkang tak mustahil negara akan jadi hak milik seseorang atau sesuatu organisasi sebab pemerintahan ditangan mereka, salah silap tiada yang menegur makanya mereka akan fikir apa yang mereka buat semuanya betul walhal hakikatnya keputusan yang dibuat itu menyusahkan pihak yang lain.
Mungkin akan ada yang kata aku ni pro pembangkang dan jawapan aku, kamu betul aku memang pro pembangkang so what? Aku manusia juga kan? Aku warganegara juga kan? Bumiputera okay!

Jika nak dikatakan aku tidak berterima kasih dengan pembangunan yang ada, kamu silap sebab aku amat-amat berterima kasih tapi tak perlu la nak ungkit setiap pembangunan yang dibuat. Sudah menjadi tanggungjawab pihak yang memerintah untuk menyediakan semua tu, mereka menjadi pemerintah atas sebab pilihan yang telah dibuat masyarakat bukan? Mereka memikul amanah yang telah diberikan oleh masyarakat jadi melaksanakan amanah adalah satu kewajipan bagi sesiapa saja, amanah juga dikategorikan sebagai janji dan janji wajib ditunaikan jika tidak ditunaikan berdosa lah mereka. Lagipula semasa perlantikan dilakukan bukankah mereka telah mengangkat sumpah untuk melaksanakan amanah yang dipikul sebaik mungkin? Atau sumpah itu hanya dibibir, tidak membawa maksud apa-apa dalam pelan perlaksanaan?

Hurmm cukup sudah aku membebel meluahkan apa yang terbuku dihati. Terkasar bahasa harap diampunkan. Terguris perasaan harap dimaafkan.

Salam 1 Dunia! Heh..

Comments
  1. Puteri Kasih says:

    setuju sangat. lagipun sekarang ni kita bertuah, kalau dulu tanpa internet, mereka hanya dapat mendengar kebaikan sebelah pihak sahaja, kini bila semuanya dah dihujung jari, kita boleh menilai dari perlbagai aspek. Ni membuatkan semua pihak yang terlibat tak senang duduk untuk memastikan mereka yang menjadi pilihan.

    p/s welcome back abg 😉

Leave a comment