Parlimen bubar seawal esok!

Posted: April 2, 2013 in personal, politik
Tags: , , , , ,

Bismillahirrahmanirrahim. Salam 1 Dunia.

Sambil buat kerja aku belek berita hairan yang sememangnya dilanggan setiap hari dan muka depannya tertulis parlimen bubar seawal esok. Sebenarnya aku tak berapa minat pun baca tapi disebabkan kebosanan dan ingin tahu apa isi disebalik tajuk tersebut makanya mata aku mula menari-nari diatas kertas melihat apa yang telah diluluskan oleh editor berita hairan untuk disiarkan kepada umum.

Alkisahnya jabatan perdana menteri telah mengedarkan surat kepada semua ahli jemaah menteri supaya hadir ke mesyuarat berpakaian gelap dan bertali leher merah bagi lelaki untuk sesi bergambar bersama perdana menteri dan timbalannya sebelum mensyuarat terakhir kabinet sebelum dibubarkan. Itulah yang mata aku baca di berita hairan tadi.

Hurm itu semua jangkaan saja kan, belum tentu lagi dia nak umum. Lepas mesyuarat tu dia nak kayuh basikal pula dalam program kayuhan patriotik 1malaysia@putrajaya. Hurm memang gerenti lah tak akan umum esok kan, makanya tunggu lagi lah jawabnya.

Negeri Sembilan sudah terbubar secara automatik tiga empat hari lagi Pahang pula menyusul. Lepas tu negeri mana pula? Nak tunggu semua terbubar secara automatik kah? Hurm sejarah baru tercipta, dewan undangan negeri terbubar secara automatik kerana pm terlupa atau mungkinkan tiada keberanian nak bubarkan parlimen? Hurmm….

p/s : apa-apa aje lah jib *semak*

Advertisements
Comments
  1. Puteri Kasih says:

    akhirnya dibubarkan juga..lepas ni bolehlah kita gi mengundi sama-sama..tapi tempat je berbeza..hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s