Bubar juga akhirnya!

Posted: April 3, 2013 in personal, politik
Tags: , , , ,

Bismillah, salam sejahtera.

Setelah sekian lama menunggu akhirnya hari ini (3 april) parlimen dibubar. Makanya bermula hari ini kerajaan pusat ditadbir oleh kerajaan sementara, tiada lagi gelaran menteri, yang berhormat dan yang semaksud dengannya. Semua itu telah termasuk dalam lipatan sejarah.

Bermula hari ini BN mahu pun PR akan mula mengatur langkah memastikan strategi yang dirancang berjalan mengikut apa yang telah dirancang. Kedua-duanya pasti akan bermati-matian dalam usaha untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka dalam PRU13 nanti.

Pelbagai isu akan dimainkan bagi menarik perhatian masyarakat agar memilih mereka. Sebagai masyarakat yang dianugerahkan akal dan fikiran oleh Yang Maha Kuasa, gunakanlah ia dengan sebaik mungkin. Dengar sebaik mungkin, lihat sebaik mungkin dan gunakan akal yang ada untuk menilai semua perkara, mana satu fakta, mana satu auta.

Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tidak tahu mana yang perlu dipilih? Keliru dengan semuanya? Makanya mintalah pertolongan daripada Yang Maha Kuasa kerana hanya Dia lah satu-satunya tempat bagi hamba-Nya untuk memohon bantuan.

Lihat, dengar, nilai dan keputusannya hanya anda dan Dia yang tahu. Kemana hala tuju negara selepas ini? Anda yang menentukannya.

Wallahua’lam.

p/s : “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada suatu kaum sehingga mereka mengubah sendiri apa yang ada pada mereka. Dan apabila Allah menghendaki keburukan bagi suatu kaum, maka tiada yang dapat menolaknya. Bagi mereka tidak ada pelindung sama sekali selain Dia.” (Surah Ar-Ra’d : 11)

Advertisements
Comments
  1. Puteri Kasih says:

    terjawab dah teka-teki tarikh pembubaran parlimen..lepas ni akan bermulanya perang berkempen 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s