Bismillah. Selamat sejahtera.

Azan subuh berkumandang, sayup kedengaran di hujung telinga menandakan aku perlu bersiap sedia untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim.Terasa berat mata untuk di buka, terasa berat untuk mengangkat selimut yang membaluti tubuh.

Rintik hujan yang kedengaran diluar jendela menyukarkan lagi keadaan. Selimut yang membaluti tubuh semakin dipeluk erat, mata yang terbuka separuh semakin layu, semakin tertutup rapat.

Astaghfirullahal’zim, kuat sungguh godaan syaitan, bagi yang tipis imannya pasti akan tergoda dan aku juga tidak terkecuali. Nauzubillah ๐Ÿ˜ฅ

Usai menunaikan tanggungjawab, syaitan kembali menggoda dan dek kerana tipisnya iman, aku kembali merebahkan badan dan akhirnya mata kembali tertutup, kembali dibuai mimpi.

Kicauan burung di luar jendela menyedarkan aku dari terus dibuai mimpi. Siraman shower yang mengenai tubuh membuntangkan mata yang layu, menyegarkan tubuh yang sebelumnya longlai. Perjalanan hidup perlu diteruskan.

Mencari rezeki yang halal. Perkara yang sepatutnya dilaksanakan agar setiap rezeki yang di perolehi sentiasa diberkati olehNya.

Selesai satu kerja, pelbagai kerja lagi menanti. Myvi hitam membelah jalanraya, menuju ke bandar agar aku dapat melaksanakan tugas yang seterusnya. Kerja-kerja membaiki jalan melengahkan perjalanan aku, menyebabkan aku hampir tergendala melaksanakan urusan. Tapi itu semua salah aku, lambat bertindak, suka melengah-lengahkan urusan. Hurm….

Langkah kaki aku terhenti seketika, tergamam dengan perubahan yang berlaku pada premis perbankan yang menjadi kunjungan aku setiap bulan. Susun atur yang berlainan, sistem yang berlainan membuatkan aku ‘mati kutu’. Ibarat rusa masuk kampung, aku tak tau apa yang perlu aku lakukan untuk meneruskan urusan.

‘Deposit cash form’ di isi butirannya. Arghh! di mana tempat untuk aku ambil nombor giliran? Oh mesinnya berada di depan mata tapi kenapa aku tak nampak? Hurm… sistem baru memang menyeksakan tapi aku akan biasakan diri dengannya. Pasti!

Mundar-mandir sambil menunggu giliran aku untuk berurusan menyebabkan staf premis menghampiri aku. Mungkin dia sangka aku ada niat yang buruk terhadap premis itu, mungkinkah juga dia sangka aku ini penyamun? Huh minta dijauhkan sifat buruk itu ;). Tiba giliran aku dan sekali lagi aku silap. Kaunter lain yang sepatutnya aku tuju tapi kaunter lain yang aku tuju. Malu sendiri aku dibuatnya apabila di sindir oleh staf premis. Apa sudah jadi dengan aku? Perkara yang mudah seperti itu pun aku boleh silap? Astaghfirullahal’azim ๐Ÿ˜ฆ

Myvi hitam kembali meredah jalanraya, tersekat lagi akibat aktiviti membaiki jalan. Hujan pula turun dengan lebat menyebabkan pemanduan aku semakin perlahan. Memandu dalam hujan membuatkan aku perlu lebih berhati-hati tapi mata tetap memerhati gelagat pemandu lain yang adakala memotong kenderaan lain, ada juga yang nyaris bertembung dek keghairahan mereka memotong. Aku hanya mampu menggelengkan kepala dan tersenyum sinis. Heh..

Alhamdulillah, perjalanan aku bergerak lancar dan aku selamat sampai ke tempat yang di tuju. Kembali meneruskan tugasan harian, berniaga untuk mencari rezeki halal dan semoga rezeki yang aku perolehi sentiasa mendapat keberkatan dari Nya. ๐Ÿ™‚

p/s : apa yang serba tidak kena? Hurm…

Advertisements
Comments
  1. puterikasih says:

    selalunya bila lambat sedikit, pasti akan rasa serba tidak kena kan abg ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s