Tarikh yang di nanti?

Posted: April 11, 2013 in personal, politik
Tags: , , ,

Bismillah, selamat sejahtera.

Pada 3 april yang lalu, parlimen malaysia telah dibubarkan. Sejak dari itu, teka-teki mula bermain di benak fikiran masyarakat malaysia. Bilakah tarikh penamaan calon dan seterusnya tarikh bagi membuang undi akan diumumkan. Tarikh penting bagi seluruh masyarakat malaysia untuk menentukan hala tuju negara.

Dikhabarkan suruhanjaya pilihanraya telah mengadakan mesyuarat pada isnin lalu (8 april) dan semalam (10 april) pengerusi suruhanjaya pilihanraya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon telah ditetapkan pada 20 april 2013, tarikh pengundian awal pada 30 april dan tarikh bagi mengundi telah ditetapkan pada 5 mei 2013.

Tarikh telah ditetapkan, maka seluruh jentera parti yang bertanding perlu bekerja lebih keras bagi memastikan seluruh perancangan berjalan lancar. Perang kempen telah lama berlangsung, parti pemerintah sebelum ini telah menggunakan segala media sosial yang ada untuk melancarkan kempen mereka.

Pelbagai perkara dilakukan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Pelbagai isu dimainkan, pelbagai kelemahan parti lawan dibongkar. Isu yang asalnya hanya sebesar hama di olah sehingga menjadi masalah negara.

Berkempen, bermain isu biarlah dilaksanakan secara berhemah. Jangan pula dek kerana ghairah berkempen untuk memancing undi, dosa yang asalnya satu baldi menjadi satu perigi.

Ada mata, lihat. Ada telinga, dengar. Ada akal, guna dengan sebaiknya. Memilih jangan sampai di sembelih akhirnya. Siapa yang bakal memerintah? Keputusan ditangan anda!

p/s : dunia hanya sementara, akhirat jua yang kekal selamanya.

Advertisements
Comments
  1. puterikasih says:

    mudah-mudahan pengundi dapat membezakan mana yang betul dan mana hanya taktik kotor dunia politik…jom undi dengan bijak 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s