Bismillahirrahmanirrahim.
Salam dan selamat sejahtera.

Parlimen sudah dibubar, tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari mengundi juga sudah diumumkan. Maka semua parti yang akan bertanding pada Pilihanraya Umum 13 semakin sibuk mengatur strategi dan menentukan calon yang bakal diletakkan di setiap kerusi yang dipertandingkan samada dewan undangan negeri atau parlimen.

Ahli-ahli di akar umbi juga semakin sibuk. Memasang bendera, menaikkan kain rentang atau banner dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan dengan parti yang mereka gemari. Terselit juga pertikaman lidah di antara ahli-ahli parti kedua belah pihak. Kain rentang berbaur provokasi mula dinaikkan samada yang dinaikkan sendiri ahli parti atau ahli parti lawan yang berniat untuk menjatuhkan reputasi parti lawan.

Walau apa cara sekalipun

yang digunakan untuk meraih sokongan, perlu juga di ingat niat tidak menghalalkan cara, berhemah dalam melakukan tugas, tidak perlu bermasam muka dek kerana perbezaan pegangan politik. Setiap perkara yang kita lakukan di atas muka bumi ini akan dipersembahkan di hadapan Yang Maha Kuasa dan akan dinilai baik buruknya kelak.

Apa yang paling penting bagi aku ialah walau siapa pun yang bertanding, walau siapa pun yang akan menang, perlu kamu ingat kemenangan kamu adalah kerana hasil undian kami. Kamu memikul tanggungjawab untuk menjaga kepentingan kami, kamu bekerja untuk kami bukan sebaliknya dan akhir sekali jangan hanya ‘turun padang’ ketika memerlukan sokongan kami. Jangan aniaya kami kerana kamu perlu ingat doa orang yang teraniaya itu makbul.

p/s : keadaan semakin panas!

Advertisements
Comments
  1. puterikasih says:

    selepas penamaan nanti pasti akan bertambah panas lagi kan.

    Hurmm..dalam dua minggu ni leh la tengok muka, bersalaman dan berjanji tinggi menggunung, lepas tu nanti jangan terus hilang dari pandangan sudahlah.

    Harap diorang sedar tanggungjawab tu tinggi, bukan menang tu sebab populariti je tapi sebab pengundi mengharapkan mereka akan memimpin negara dengan baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s