Bismillah, salam dan selamat sejahtera.

Aku tembam? heh.

Siang tadi masa aku makan tengah hari ada seorang pakcik duduk satu meja dengan aku dan aku pelawa dia makan sama. Sebenarnya tak tengah hari sangat tapi kira tengah hari juga sebab masa tu jam sudah 12 tengah hari (ayat pusing) hehe.

Masa aku sedang asyik menikmati hidangan di depan mata, pakcik mula membuka bicara.

pakcik : ini makan tengah hari ke sarapan?
aku : dua-dua sekali sebab saya tak sarapan.
pakcik : oh! habis makan ni jam berapa pula engkau makan?
aku : erm biasanya malam nanti baru makan pula.
pakcik : oh! sikit je engkau makan tapi nampak tembam juga.
aku : huh! tembam ke aku ni? (cakap dalam hati)

Hurm.. rasanya takde la tembam sangat badan aku tapi memang ada rasa kembang sikit badan aku. Seluar aku pun dah naik dua saiz, baju aku pula dah naik satu saiz πŸ˜› hehe.

Hurm.. badan aku rasa dah makin berat, mungkin dah naik tapi aku tak pernah pastikan sebab aku tak pernah timbang πŸ˜› hehe. Duduk jaga kedai perut asyik lapar, mulut asyik minta nak mengunyah. Makanya biskut dan roti selalu jadi santapan mulut aku πŸ˜› hehe. Tapi badan aku sihat kot sebab aku selalu buat push up dan berlari tapi berlari setempat saja dalam 500 langkah sekali buat. Seminggu dua kali maknanya 1000 langkah seminggu tapi push up tu aku tak mampu nak buat banyak. Mengah aku dibuatnya 😦

500 langkah + push up setakat yang aku mampu membuatkan perut aku lapar. Makanya lepas rehat lebih kurang setengah jam, mulut aku mula lah minta sesuatu untuk dikunyah πŸ˜› hehe

Tapi bagi aku tembam, gemuk, kurus semua tu tak penting. Paling penting badan sihat. Badan kurus tak bermakna sihat sebab orang kurus pun boleh kena kencing manis kalau pemakanan tak di jaga dan kurang bersenam. Begitu juga dengan orang yang gemuk..kan? πŸ™‚

p/s : macam mana sibuk sekalipun senaman jangan dilupa, untuk kesihatan diri πŸ˜‰

Advertisements
Comments
  1. puterikasih says:

    tembam sebab dalam hati ada taman kot πŸ˜› hehe

    rajinnya dia senam, tapi memang betul saiz badan tak penting, janji kesihatan terjaga kan πŸ˜‰

  2. puterikasih says:

    makin bertambah tembam nanti πŸ˜› hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s