Bismillahirrahmanirrahim.
Salam dan selamat sejahtera.

Jangan sombong, selalu senyum, genggam tangan erat bila bersalaman, pandang mata pengundi ketika bersalaman dan dengar rintihan mereka-muhyidin

Itu lah kata-kata muhyidin kepada semua calon yang bakal bertanding pada pilihanraya umum 13 nanti terutamanya kepada calon yang berada di pihak mereka lah.

Sabtu (20 april) akan berlangsung hari penamaan calon bagi semua parti yang bakal bertanding pada pilihanraya umum nanti. Semua calon yang akan bertanding perlu menyerahkan borang pencalonan dan wang pertaruhan kepada suruhanjaya pilihanraya

(berjudi ke?).

Selepas itu keadaan akan semakin ‘panas’ dengan suasana kempen dan aktiviti yang akan dibuat dalam usaha calon-calon untuk memancing undi daripada pengundi. Dan kata-kata di atas itu adalah di antara strategi yang perlu digunakan bagi memastikan setiap undi akan memihak kepada mereka.

Ada benarnya kata-kata muhyidin itu tapi perkara yang dinyatakan diatas tu sepatutnya dilaksanakan setiap masa bukan hanya ketika memancing undi. Jangan pula selepas selesai pilihanraya umum, senyum yang dilemparkan hilang entah ke mana, bersalaman hanya sekadar sentuhan, pandang mata bertukar kepada pandangan hina, rintihan rakyat hanya dipandang sepi.

Dalam tempoh dua minggu ini kita (pengundi) bakal menyaksikan pelbagai ‘drama’ yang akan dipertontonkan. Muka yang selama ini masam mencuka akan tersenyum seperti joker. Muka yang selama ini tidak pernah bertegur sapa akan sentiasa bertanya khabar berita. Muka yang selama ini memandang jijik warga pedalaman sanggup bergelumang dengan selut demi memancing undi. Muka yang selama ini tak pernah dilihat memasuki masjid akan mula menjadi pendengar kuliah maghrib. Huh! Ini semua poyo.

Pengundi sekarang sudah pandai menilai mana yang baik mana yang buruk. Jangan hanya memilih untuk kesenangan di dunia, akhirat yang perlu di utamakan. Setiap perkara, perbuatan dan keputusan yang kita buat di atas muka bumi ini akan di nilai di hari pengadilan kelak. Dengar, lihat, fikir dan laksana. Semoga semuanya dipermudahkan dan mendapat keberkatan daripada-Nya.

p/s : amanat terakhir barangkali..heh

Advertisements
Comments
  1. puterikasih says:

    Senyum, bersalam dan mendengar rintihan…seolah drama yang diulang tayang setiap 5 tahun sekali.

  2. puterikasih says:

    semakin ramai ‘penonton’ yang dah mula jemu menyaksikan drama yang sama, dah ramai yang mula mencari ‘saluran’ lain kan

  3. puterikasih says:

    ha ah betul tu abg, cuma kita kena rajin menukar saluran untuk menilai dan memilih saluran yang terbaik. Asyik dengan saluran yang sama, kadang-kadang jemu juga sebab selalu di ulang tayang drama yang sama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s