Penyokong taksub?

Posted: April 17, 2013 in personal, politik
Tags: , , , , , , , ,

Bismillah. Salam dan selamat sejahtera.

Semakin hampir tarikh untuk mengundi semakin banyak isu yang akan terpampang di media. Samada benar atau tidak isu yang disebut hanya Dia saja yang tahu. Almaklumlah zaman sekarang ni orang sudah tidak hirau dosa atau pahala asalkan apa yang dihajati terlaksana.

Soal penyokong ni bagi aku tak perlu di tuding jari yang dianugerahkan oleh Allah tu kepada sesiapa. Penyokong ini taksub, penyokong itu taksub, tak perlu semua tu.

Isu ni tertulis dalam akhbar berita hairan hari ini (17 april) muka surat empat puluh lapan.

Yang mengatakan isu ni boleh dikatakan orang kuat sebuah parti yang bertanding. Dia berkata soal penyokong parti yang di mana beliau sendiri menjadi ahlinya, terlalu taksub dengan kepimpinan parti dan ajaran yang dikatakan disemai ke dalam benak fikiran penyokong parti tersebut.

Beliau juga mengatakan bahawa seluruh ahli keluarga beliau akan mengundi parti yang menjadi lawan kepada parti yang beliau sendiri menjadi ahli (boleh percaya kah?) akan tetapi beliau tidak akan membatalkan keahlian beliau daripada parti tersebut.

Beliau juga mengatakan punca beliau akan mengundi parti lawan kerana pucuk pimpinan parti tidak menjaga kebajikan masyarakat. Beliau juga mengatakan, beliau mempunyai tanah pusaka dan telah di ambil oleh kerajaan negeri namun bayaran pampasan yang di terima tidak setimpal. Bayaran yang dibuat tidak sama dengan harga pasaran. Beliau juga mengatakan bahawa kepimpinan yang ada tidak mengamalkan pendekatan yang sepatutnya dalam kehidupan seharian.

Persoalannya adakah selama ini beliau berjuang demi duit? demi kesenangan dunia semata-mata? Hurm semuanya berbalik soal duit kan? Bagi aku itulah isu utama yang beliau ingin katakan. Duit, kerana duit adik beradik boleh jadi berbalah, kerana duit jiran tetangga boleh jadi berparang, kerana duit juga pasangan suami isteri boleh jadi bercerai-berai. Hurm!

Duit bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan duit.

p/s : benarkah apa yang di tulis atau hanya sandiwara politik?

Advertisements
Comments
  1. puterikasih says:

    sekarang ni banyak sangat sandiwara politik, susah nak percaya. Penyokong yang taksud sanggup buat apa sahaja sampai ke tahap yang salah pun mereka tetap kata betul dan yang betul sengaja direka kesalahan agar pengundi yang duduk atas pagar turut mempercayai…hurmmm dunia politik memang penuh ngan drama πŸ™‚

  2. puterikasih says:

    dan sebelah pihak lagi ditayangkan segala kebaikan seolah pihak itu tiada cacat cela

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s