Lambatnya..

Posted: April 29, 2013 in personal
Tags: , , , ,

Bismillahirrahmanirrahim. Selamat sejahtera.

Sudah hampir satu minggu badan aku ni kurang sihat. Mula-mula kepala berdenyut, aku telan dua biji panadol kerana selalunya denyutan di kepala akan beransur hilang selepas itu tapi sangkaan aku silap, kepala aku tetap berdenyut.

Dua hari aku menahan denyutan di kepala dan aku sedar itu menandakan badan aku akan diserang demam. Jangkaan aku betul kerana malam itu badan aku mula membahang, tidur malam walaupun sudah pakai dua lapis baju tetap sejuk aku rasa. Dan malam itu lagi dua biji panadol aku telan dengan harapan bila bangun pagi esoknya badan aku akan kembali seperti biasa.

Bangun pagi esoknya,

badan aku tetap rasa seram sejuk, kepala pula rasa berat sangat rasa melekat je pada bantal tu, sayang sangat rasa nak tinggalkan bantal tu (demam ke malas?) heh. Bangun tetap perlu bangun sebab kerja berderet-deret menunggu untuk diselesaikan. Kerja sendiri kalau tak kerja poket kempis, nak duit banyak kerja kena rajin. Kan? heh

Disebabkan aku malas nak pergi klinik makanya aku cuma bergantung harap pada panadol. Nasib la selera makan aku tak putus walaupun mulut aku kehilangan deria dek kerana demam tu. Masin tak terasa, manis tak terasa, pahit tak terasa, senang kata semua yang masuk dalam mulut aku terasa tawar tapi makan tetap makan, perut lapar, hehe.

Sekarang ni dah masuk hari ke enam, air hidung aku masih meleleh, selalunya dua atau tiga hari dah kebah. Tak selesa rasanya nak buat kerja tapi alhamdulillah deria rasa dalam mulut aku dah beransur kembali, mulut ni rasa nak mengunyah je sekarang tapi nasib baik la badan aku ni bukan spesis belon, makin diisi semakin kembang, heh.

Hurm agaknya banyak sangat dosa aku kebelakangan ni sebab tu Allah masih belum izinkan sakit ni pergi meninggalkan aku. Hurm….

p/s : sakit itu penghapus dosa tapi jangan pula saja nak cari penyakit ye πŸ˜‰

Advertisements
Comments
  1. puterikasih says:

    kalau asyik mengunyah..pasti cepat tembam πŸ˜› hehe

    demam sekarang memang amek masa sikit untuk baik kan…mungkin sebab cuaca tak menentu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s