Satu minggu.

Posted: April 29, 2013 in personal, politik
Tags: , , , , , ,

Bismillahirrahmanirrahim. Selamat sejahtera semua.

5 mei 2013, pilihanraya umum malaysia yang ke 13 akan berlangsung. Tarikh yang telah sekian lama di tunggu oleh seluruh rakyat malaysia (tunggu ke?). Seminggu saja lagi seluruh rakyat yang layak akan keluar menunaikan tanggungjawab, mengundi bagi memilih untuk menentukan siapakah yang akan menerajui pucuk kepimpinan negara malaysia yang tercinta ini (tak layak pergi main jauh-jauh). heh

Suasana kempen yang berlangsung juga semakin panas membahang. Pelbagai isu yang dimainkan, pelbagai gelagat yang dapat dilihat sepanjang tempoh kempen berlangsung. Provokasi sentiasa berlaku diantara pihak yang bertanding. Masing-masing bertungkus-lumus bekerja siang dan malam bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Dalam tempoh kempen ini lah rakyat malaysia akan dihidangkan dengan pelbagai perkara. Isu-isu yang dimainkan adakalanya lucu apabila di dengar,

adakalanya membakar perasaan sehingga menimbulkan ketegangan diantara penyokong parti-parti yang bertanding.

Bagi yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak hanya memerhati dari balik tabir, menilai siapakah yang akan dipilih pada hari pengundian nanti. Siapa yang akan diharapkan untuk memikul tanggungjawab mentadbir negara, menjaga kebajikan mereka, memastikan keselamatan negara terjamin.

Pelbagai pandangan dan pendapat dapat di lihat. Media padat dengan isu pilihanraya yang kebanyakan daripadanya hanya berpihak kepada satu pihak. Namun bagi yang tahu berfikir, mereka tidak akan hanya mendengar cerita sebelah pihak. Kiri dan kanan telinga mereka akan mendengar pelbagai maklumat, dua biji matanya akan melihat kesungguhan dan semangat yang ditonjolkan oleh calon yang bertanding. Mendengar dan memerhati agar keputusan yang akan dibuat kelak tepat dan adil.

Gelagat penyokong paling menarik untuk di lihat. Pelbagai cara dilakukan bagi memeriahkan suasana kempen yang dijalankan. Semangat penyokong adakalanya di lihat melebihi calon atau parti yang di sokong. Tidak terkecuali juga penyokong yang menunjukkan kebodohan dalam usaha untuk menzahirkan sokongan kepada calon atau parti yang mereka sokong. Pada calon yang bertanding sebut saja apa yang di hajat pasti akan ditunaikan tapi selepas permintaan ditunaikan…………….psttt undilah saya (uwekk)

Bagi aku siapa juga yang menang, jangan abaikan tanggungjawab yang telah di amanahkan.

p/s : undi kita bakal menentukan masa depan kita dan negara.

Advertisements
Comments
  1. puterikasih says:

    ramai yang dah mula memalukan dan mencemarkan nama baik sendiri akibat terlalu taksud dengan parti yang di sokong. Sedih bila melihat ramai yang mula bergaduh sesama keluarga dan rakan-rakan akibat berbeza fahaman politik.

  2. Puteri Kasih says:

    bosan bila satu pihak tu cuba berlagak sempurna di media..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s