Archive for May, 2013

Bismillahirrahmanirrahim. Salam sejahtera semua.

image

Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah. Manusia ada akal dimana itu adalah perkara utama yang membezakan antara manusia dan haiwan. Namun tak semua manusia dapat menggunakan akal yang dianugerahkan dengan sebaik mungkin. Ramai dikalangan manusia ni ‘diakalkan’ oleh akal mereka sendiri sebab itu lah tindak tanduk mereka tiada beza dengan haiwan malah ada juga yang lebih haiwan daripada haiwan. Buat anak lepas tu buang merata-rata, dalam tong sampah, atas tangga masjid/surau, campak dalam sungai, ada haiwan buat perkara tu? takde kan tapi manusia buat malah anak haiwan tu pun manusia juga yang buang merata-rata.

Manusia hisap dadah. Beribu-ribu duit habis untuk dapatkan bekalan dadah, tak cukup duit sendiri duit orang dia sapu, barang orang dia rembat semata-mata nak memenuhi kehendak nafsu serakah. Mak bapak sendiri sanggup di tumbuk, di tendang, di terajang dan bermacam-macam jenis ‘di’ lagi yang tak sepatutnya terjadi tapi ianya terjadi. Hurm apa nak jadi? Akal ada tapi tak boleh pakai.

Berjudi, manusia yang jadi ‘tahi judi’ ni akal dia hebat sebab macam-macam cara diorang boleh buat semata-mata nak dapatkan ‘nombor baik’ untuk menjamin pelaburan diorang tu berbaloi. Jumpa tok bomoh sana, tok bomoh sini kononnya nak beli ‘nombor baik’ tapi diorang tak sedar tok bomoh tu yang beli nombor dia, lima puluh ringgit bahkan ada yang beribu-ribu tok bomoh tu dapat ‘nombor’ dari diorang. Hebatkan tok bomoh tu akalkan diorang, hehe.

Akal manusia ni hebat tapi sayang tak semua manusia pandai menggunakan akal. Nafsu mengatasi akal maka jadilah manusia nakal. Apa yang Allah larang itulah yang diorang buat, apa yang nabi ajar itulah yang diorang sangkal. Moga dijauhkan segala perbuatan mungkar dari lubuk pemikiran dan perbuatan aku dan kamu semua. Moga kita dapat menggunakan nikmat akal dengan sebaik-baiknya dan yang paling penting akal kita sentiasa berada di atas landasan syariat. Moga kita selamat bukan saja di dunia malah selamat juga di akhirat kelak.

*peringatan buat diri sendiri*

p/s : akal tanpa iman, nafsu tepuk tangan.

Advertisements

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Cuti sekolah sudah bermula kan, hurm berapa hari cuti? lupa pula nak tengok kelendar tadi. Seronok la budak-budak sekolah dapat bercuti panjang kan? hip hip hoorey! macam tu ke sorak gembira? heh. Kalau zaman aku dulu, hari terakhir sebelum cuti fikiran masing-masing dah takde di sekolah, kepala semua tengah fikir apa projek nak buat masa cuti nanti.

Cuti sekolah dan kenduri memang tak dapat dipisahkan, kan? asal cuti sekolah je kenduri, asal kenduri je mesti cuti sekolah. Sebut pasal kenduri, aku nak tanya satu soalan lah, boleh kan? Kenduri dan kugiran atau sebarang bentuk hiburan memang tak dapat dipisahkan ke? Aku tengok boleh dikatakan 90% kenduri yang ada dalam kawasan kejiranan aku ni, mesti ada kugiran atau karaoke. Satu kemestian?

Aku bukan tak suka dengan hiburan tu semua cuma aku rasa kurang selesa sebab selalunya kugiran atau apa sajalah yang tuan rumah nak buat bermula dari malam sebelum kenduri kan. Bila mula malam bunyi dia tu boleh dengar satu kampung. Mula-mula okay lah, lepas tu malam semakin larut mata pula semakin layu, telinga juga mengharapkan ketenangan sebelum minda mula melayang di ulit mimpi. Tapi bunyi suara-suara pensumbang lagu masih kedengaran di corong telinga. Arghhhh!!! annoying!

Hurm, aku tak suka tapi orang lain suka. Apa-apa saja lah!

p/s : hiburan tak salah cuma jangan sampai melalaikan dan mengganggu ketenteraman orang lain.

Bismillahirrahmanirrahim.

Selamat sejahtera, selamat berbahagia, selamat semuanya.

Buntu kepala otak sekarang, tak tau nak buat apa. Tiba-tiba saja ia terjadi, entah apa yang ada dalam kepala otak ni aku pun tak faham. Hurm fikiran sendiri pun susah nak faham apatah lagi fikiran orang lain kan. Apa solusinya?

Perbanyakkan berzikir, in sha Allah hati akan tenang. Mengucapkan selawat ke atas nabi junjungan Nabi Muhammad s.a.w in sha Allah fikiran jadi lapang. Perbanyakkan membaca Al Quran in sha Allah jiwa akan jadi damai. Bukan bermakna hiburan yang ada atas dunia ni tak membantu merungkai kekusutan jiwa tapi sebenar-benar sumber ketenangan, kelapangan dan kedamaian jiwa seorang muslim adalah apabila mereka kembali kepada Al Quran dan sunnah.

Berbuat baik dalam segala perkara dan perbuatan, bersangka baik dalam semua perkara, sentiasa bersikap terbuka, memaafkan jika ada insan yang melakukan kesilapan dan memohon maaf apabila diri sendiri melakukan kesilapan. Melakukan kesilapan terhadap Yang Maha Esa, tadahlah tangan tundukkan pandangan memohon doa agar kesilapan itu mendapat keampunan dari-Nya. Melakukan kesilapan terhadap sesama manusia, mohonlah kemaafan kerana jika tidak dikhuatiri hanya kerana kesilapan kecil yang dilakukan kepada manusia lain menyebabkan kita tidak dapat menikmati keindahan syurga di akhirat kelak.

p/s : papa operate pagi esok (may 21) semoga semuanya berjalan lancar dan selamat semuanya..