Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1 dunia.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Apabila sampai waktunya, tiada siapa di atas muka bumi Allah ni yang dapat mengelakkan diri darinya.

Dua atau tiga hari lepas, aku ada bertanya khabar kepada seorang kawan tentang kesihatan bapanya. Sudah lama tidak kelihatan kelibat bapanya dan kali terakhir aku melihat beliau ialah pada hari membuang undi (PRU13) yang lalu. Hari ini aku dikejutkan dengan pengumuman yang di buat oleh pihak masjid bahawa bapa kawan aku tu sudah di jemput oleh Yang Maha Pencipta setelah berbulan-bulan di tarik nikmat kesihatan oleh Yang Maha Kuasa.

Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un.

Masa hidupmu sebelum matimu. Hargailah nikmat hidup yang dipinjamkan kepada kita dengan sebaik-baiknya. Masa hidup laksanakanlah segala perintah yang di beri kepada kita, buat apa yang Allah suruh dan jauhi segala apa yang Allah larang kerana apabila sampai waktunya kelak, walau menangis air mata darah sekalipun kita tak akan dapat memperbetulkan kesilapan yang kita lakukan semasa hidup di atas muka bumi Allah ini. Na’uzubillah..

Dunia hanya sementara, akhirat jua yang kekal selamanya. Semoga roh arwah bapa kawan aku di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

p/s : hari ini tanah berada di bawah kita, mungkin esok kita pula yang berada di bawah tanah..siapa tahu?

Advertisements
Comments
  1. puterikasih says:

    mati itu pasti cuma bila, dimana dan bagaimana kekal menjadi rahsia Allah. Moga kita bersedia bila kita dijemput meninggalkan dunia yang hanya sementara.

    • keyol says:

      hari-hari kena buat persediaan untuk hari tu, bila ia tiba takde apa lagi yg boleh di buat.

      • puterikasih says:

        sementara di beri peluang untuk terus bernafas ini, bolehlah kita sama-sama memperbaiki diri untuk mencari keredhaanNYA 🙂

      • keyol says:

        peluang hanya sekali, jika tak di guna sebaik mungkin..rugi 🙂

  2. Puteri Kasih says:

    ha ah memang rugi 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s