Archive for June, 2013

Promosi membodek!

Posted: June 19, 2013 in wordless
Tags: , , ,

Bismillahirrahmanirrahim.

image

p/s : bersyukur dengan apa yang ada..heh

Advertisements

My buddies.

Posted: June 15, 2013 in personal
Tags: , , , , ,

Bismillahirrahmanirrahim.

Do you love cats?

image

image

image

image

image

I love cats, they are so cute, they make me smile also can make me angry but they are still my buddies. They are my therapists. Do you feel the same? 😉

p/s : why some of peoples hate cats? hurm….

Bismillahirrahmanirrahim.

Image

Sebenarnya aku dalam dilema sekarang sebab sejak dua bulan lepas encik posmen tak hantar satu pun bil ke rumah aku. Bil telefon rumah tak sampai, bil streamyx tak sampai, bil astro tak sampai, bil kredit kad papa aku tak sampai, bil telefon papa aku tak sampai, kenapa jadi macam tu ya? Apa sekarang ni semua tu tak perlu guna bil kah? macam mana aku nak bayar bil-bil tu semua? kalau aku nak bayar melalui atas talian pun perlu ada nombor rujukan bil kan? dilema aku dibuatnya!

Kalau nak dikatakan encik posmen tak masuk hantar surat memang tipu la aku ni. Sebabnya surat bank ada je sampai, surat perjanjian sewa beli ada je sampai, hurm dilema aku dibuatnya! Aku memang dalam dilema sebab selang satu atau dua hari, aku akan dapat mesej tentang bil-bil yang sudah tertunggak sejak dua bulan lepas. TM mesej aku, astro mesej aku, streamyx mesej adik aku sebab akaun tu nama adik aku, memang gila-gila punya dilema aku dibuatnya. Kalau bil astro tu mungkin aku boleh bayar di stesen minyak petronas sebab aku selalu juga dapat mesej daripada astro tentang bayaran bil boleh dibuat di stesen minyak petronas, tak perlu bawa bil cuma perlu bagi tau nombor akaun astro je tapi bil-bil lain macam mana? Aku ni bukan pandai sangat nak guna teknologi yang semakin hari semakin canggih ni. Hurm dilema aku dibuatnya!

Aku pening kepala bila fikir tentang semua benda ni, dah la kepala serabut tambah pula masalah yang tak sepatutnya tak jadi masalah ni makin serabut kepala otak aku dibuatnya. Lambat bayar mesej sampai, lambat bayar line kena sekat, lambat bayar nama ada kemungkinan akan di senarai hitam, Hurm orang lain punya pasal kepala otak aku pula yang jadi serabut. memang gila, gila, gila dalam dilema aku dibuatnya!

Adios!

p/s : ada orang “tolong” kutip surat dalam peti surat aku ke? kalau ya memang kena sebat dengan aku, tunggu je lah ye!