Archive for July, 2013

Kak Arbaiyah dah nikah?

Posted: July 19, 2013 in personal
Tags: , , ,

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Image

Senyap-senyap je kak Abby nikah ye, apa pun tahniah diucapkan. Semoga pernikahan kali ni berkekalan sehingga ke nafas yang terakhir dan berbahagia selamanya. Nak tau lebih lanjut kena la tanya tuan badan sendiri ya. Di sini pun ada berita pasal ni. Peace!

 

p/s : satu lagi masjid telah terbina, alhamdulillah.

Advertisements

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sekejap saja masa berlalu, ramadhan bakal tiba tak lama lagi. 10 Julai 2013 seluruh umat Islam di negara ni (malaysia) akan mula menunaikan ibadah puasa. Semua kena berpuasa kecuali bagi mereka yang uzur, musafir. Puasa bukan tentang tak makan, tak minum saja. Banyak lagi perkara yang kita perlu ‘puasa’ sebenarnya. Puasa mulut daripada mengumpat, mengata perkara yang tak elok. Puasa mata daripada melihat perkara yang tak sepatutnya. Senang kata semua kena puasa.

Puasa juga mengajar kita bersabar sebenarnya. Bagi yang selama ni kerjanya hanya nak marah tu, ramadhan ni kena lah lawan baran tu. Sabar itu sebahagian daripada iman *tengok cermin* Heh

Puasa ni juga mengajar kita erti syukur. Sebelas bulan dalam setahun kerja kita makan je. Ada sesetengah manusia nak makan pun susah jadi sepanjang sebulan kita berpuasa ni ia mengingatkan kita supaya bersyukur dengan rezeki yang kita dapat. Kita mengeluh makan itu tak sedap, ini tak sedap, makan sikit buangnya banyak. Membazir, syaitan suka berkawan dengan orang yang suka membazir.

Membazir, erm perkara ni makin kerap berlaku dalam bulan ramadhan. Pergi bazar ramadhan, perut lapar, nafsu melonjak-lonjak, rambang mata tengok makanan yang dipamer penjual. Semuanya nampak sedap di mata, beli tiga empat jenis makanan. Masa berbuka, minum air segelas perut dah rasa kenyang selebihnya simpan untuk makan malam? simpan untuk sahur? jika simpan dan di makan kemudian bagus lah cuma dikhuatiri semua tu tempat simpannya adalah tong sampah. Memang hak kita nak makan apa saja, duit kita yang keluar beli semua tu cuma bila difikirkan semula kita kalah pada nafsu. Syaitan dikunci nafsu pula mengambil alih, nauzubillah.

*tengok cermin*

p/s : salam ramadhan buat semua umat Islam. semoga segala amalan kita mampu membawa kita ke syurga kelak. Peace! 😉

Syukur!

Posted: July 8, 2013 in personal
Tags: , , , , , ,

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamalaikum dan selamat sejahtera.

Pembekal, pemborong, peruncit dan pembeli. Kita semua dah tahu turutan tu kan jadi tak perlulah aku nak ulas panjang pasal tu. Lagipun kalau aku ulas panjang belum tentu kamu faham sebab kadang-kadang aku sendiri pun tak faham apa yang aku cakap, heh.

Sejak selesai PRU13 hari tu satu demi satu barangan keperluan dalam negara ni naik harga kan. Bukan semua sebab ada juga yang turun harga seperti petrol RON97 turun harga sikit kan walhal yang guna minyak tu kebanyakannya kereta mewah. Anak-anak tokey, anak-anak menteri, nissan 350z, ferrari, alphard, golongan-golongan ni saja yang guna minyak tu kan. Golongan marhaen yang guna viva, myvi, saga, LC135, semua tu mampu guna RON95 je kan. Yang tu tak pula diturunkan harga. Hurmm nasib badan. Tapi jangan risau sebab harga kereta tempatan pun dah turun harga kan? Walaupun turunnya cuma 1% hingga 5% peratus, kira bagus la tu kan. Syukur!!!!

Baru-baru ni harga amah pula yang naik, kan? Katanya satu kali ganda daripada harga lama, betul ke? Hurm sampai bila nak bergantung harap pada sumber luar? Sumber dalam negara ni tak cukup ke? Rasanya ramai anak tempatan yang masih terkial-kial mencari pekerjaan untuk menampung keperluan hidup kan? Tolak tepi penganggur yang berkelulusan tinggi tu sebab diorang memang pasti tak akan mahu kerja sebagai amah. Aku maksudkan anak tempatan yang dah dikategorikan sebagai susah. Nak belajar tak mampu sebab duit takde, nak cari kerja takde orang nak terima sebab kelulusan takde. Jadi tak salah rasanya jika mereka diberi peluang untuk memperolehi kehidupan yang lebih baik kan. Daripada bayar gaji RM 1k sebulan kepada orang luar kan lagi baik jika duit tu diberi kepada anak tempatan. Sekurang-kurangnya pengaliran tunai berlaku dalam negara tidak mengalir ke seberang laut. Ni pendapat aku saja, jika kamu rasa pendapat aku ni macam hampeh aku nak kata apa lagi kan, heh.

Sekarang harga barang pula naik. Kecoh serata pelusuk negara tentang harga ayam naik sehingga rm9 satu kilogram. Siapa dan apa puncanya? Hurm biarlah orang-orang yang berkenaan jawab soalan tu. Aku hanya peniaga yang menjual barang berpandukan harga yang aku dapat. Jika harga yang aku dapat naik maka harga jualan aku juga akan ikut naik. Modal besar untung sama tapi ada sesetengah barang untungnya makin kecil. Cuma apa yang pelik, seminggu sebelum PRU13 hari tu, harga ayam diturunkan hampir rm2 satu kilogram. Bila aku tanya tokey mereka cakap itu semua kempen punya pasal. Harga turun sebab pihak yang berkempen tu nak tarik sokongan masyarakat. Mereka desak tokey supaya turunkan harga. Bila sudah dapat sokongan, keadaan kembali kepada asal. Tokey bebas buat keputusan, masyarakat tengok harga barang macam nak pengsan. Syukur!!!

*lainkali sambung meroyan*

p/s : peniaga jangan hanya fikir nak untung, pengguna jangan hanya fikir nak murah je. Sebab nak murah jual sayur tong sampah pun orang tetap beli. Syukur!!! Peace. 😛