Solusinya?

Posted: September 11, 2013 in personal
Tags: , , ,

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam 1 dunia.

image

Aku tertarik dengan tajuk dan isi artikel di atas ni. 40%, bukan satu jumlah yang kecil. Jika jumlah anggota polis ada 500, 000 maknanya 200, 000 anggota yang tak tahu mandi junub. Besar jumlah tu, hampir separuh. Erm apa puncanya?

Jika nak di tunding jari menyalahkan sistem pendidikan negara tak boleh juga sebab perkara asas tentang Islam ada termasuk dalam sistem pembelajaran kan. Jika nak disalahkan ibu dan bapa yang tak ajar anak pasal agama pun tak boleh juga tapi ia salah satu punca anak tak ambil berat soal agama. Pendidikan awal seorang manusia adalah di rumah, jadi mak dan ayah serta ahli keluarga lain ada tanggungjawab untuk membentuk keperibadian Islamik dalam diri individu lain kan? Sekurang-kurangnya perkara asas seperti mengucap dua kalimah syahadah, solat, puasa dan mandi junub ni perlu ada dalam dada dan diamalkan sentiasa.

Aku teringat tentang kaji selidik yang di buat pasal surah Fatihah. Aku tak ingat angka peratusannya tapi ramai juga yang tak pandai baca surah Fatihah dengan lancar. Macamana diorang solat? Surah Fatihah tu rukun solat. Jangan nak assume aku berlagak pandai sebab aku memang tak pandai, belajar pun separuh jalan dan masih lagi dalam proses belajar untuk betulkan diri sendiri. Cuma sebagai hamba aku ada tanggungjawab untuk memperkatakan soal ni. Berdosa aku jika hanya pandang sebelah mata pasal ni. Tak diajar di rumah tak bermaksud tak boleh belajarkan? Di media macam-macam rancangan ilmiah yang boleh kita ikuti dan belajar. Macam rancangan 30 minit Ust Don di tv alhijrah tu. Macam-macam yang diajar, solat, mengaji, mandi junub dan semua perkara yang berkaitan. Modalnya cuma bayar bil elektrik tiap-tiap bulan je, hehe.

Mengatakan sistem pembelajaran lemah, mak bapak tak ajar dan pengaruh negatif masyarakat tu semua hanya alasan. Pokok pangkalnya diri sendiri. Dimana ada kemahuan di situ ada highway, kata adik ipar Bung. Heh

p/s : tepuk dada tanya iman, apa lagi mahu? peace ^^

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s