Archive for December, 2013

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamual’alaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Inilah moto yang diguna pakai oleh pihak pemerintah di bawah najib kan? Dalam erti kata lain, setiap apa keputusan yang dibuat mesti ditanggung oleh rakyat marhaen demi pencapaian gah negara di mata dunia. Amat bertepatan sekali dengan apa yang berlaku sejak najib duduk di kerusi empuk di dalam singgahsana di Putrajaya sana kan? Memang sudah terbukti amat praktikal moto tersebut. Lihat sajalah apa yang terjadi kepada perkembangan negara sejak beliau menerajui pucuk pimpinan. Satu demi satu rakyat didahulukan dengan kenaikan demi kenaikan harga barangan keperluan. Alasan yang digunakan demi kepentingan negara. 

Setiap kali audit negara dilakukan, pelbagai kepincangan didedahkan. Pembaziran berlaku disana-sini, pemborosan kewangan negara bukan lagi tiris namun ada satu lubang besar yang telah terjadi, hanya menunggu masa karam di tengah samudera. Dan setiapkali kelemahan-kelemahan urus tadbir terdedah, pihak yang berkaitan akan mengalih isu tersebut dengan pelbagai cara. Jika di  lihat apa yang terpampang di dada-dada akhbar, pelbagai drama yang dicipta demi menutup kelemahan urus tadbir pucuk pimpinan yang kamu semua pilih tu. 

Isu audit timbul hanya seminggu dan tiba-tiba timbul isu kalimah Allah. Maka muncullah wira-wira agama bercakap berbuih mulut dengan alasan untk membenteras penghinaan kepada agama. Walhal jika di lihat kepada wira-wira yang muncul, tak mencerminkan apa yang konon-kononnya diperjuangkan. Berminggu-minggu isu kalimah di momokkan ke dalam kotak pemikiran rakyat dan akhirnya isu kepincangan perbelanjaan dan urus tadbir negara dilupakan begitu sahaja.

Baru-baru ni timbul pula isu kenaikan harga barangan keperluan yang sudah pasti didahulukan kepada rakyat marhaen. Sana s-ni terdengar suara rakyat yang didahulukan ini mengeluh dek kenaikan-kenaikan yang berlaku yang sudah pasti bakal menipiskan lagi poket rakyat-rakyat yang didahulukan ini. Demi pencapaian gah negara di mata dunia,rakyat perlu dipertanggungjawabkan. Pucuk pimpinan hanya mengeluarkan arahan, rakyat perlu begitu, rakyat perlu begini jika mahu negara gah di mata dunia. Hanya beberapa hari kecoh tentang isu kenaikan harga, kemudian dimomokkan lagi dengan isu yang kononnya salah seorang pimpinan menganut amalan yang bercanggah dengan apa yang dipraktikkan di dalam negara. Dan sekali lagi isu kenaikan harga semakin dilupakan. Masih ada yang bercakap isu kenaikan harga namun hanya di kedai kopi. 

Maka moto rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan memang sudah berjaya dilaksanakan. Syabas diucapkan kepada kamu semua yang sudah berkorban jiwa raga demi memastikan mereka-mereka yang berada di dalam tapuk kepimpinan tetap terus kekal berada di sana. Sekali lagi syabas diucapkan.

Adios!

 

p/s: pencapaian didahulukan, rakyat diutamakan. inilah moto yang sepatutnya digunakan jika mereka benar-benar mementingkan kepentingan rakyat. 

Trending?

Posted: December 12, 2013 in personal
Tags: , , , ,

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Alkisahnya sedang aku membelek timeline, tiba-tiba terbacalah pasal satu mamat ni yang nama dia trending. Kenapa trending? Heh, soalan bodoh ni sepatutnya di jawab oleh manusia yang mengajukan soalan ni. Dah kalau penuh timeline dengan nama si mamat tu memang tak mustahil lah dia trending.

Yang kamu semua mention nama dia sampai semak timeline tu kenapa? Siap dengan hashtag bagai, dah tu bising pula bila nama mamat tu trending. Yang bash sebut nama, yang troll sebut nama. Kelakar juga makhluk-makhluk Allah ni. Cuba kamu buat tak tahu je dengan apa yang mamat tu buat. Nama dia trending sebab kamu semua yang tak habis-habis mention, hashtag nama dia. Sampai ada yang hang timelinenya. Baka!

Lantak dia lah dia nak mati ke apa ke. Kalau betul dia mati, doakan je lah, sedekah al-fatihah (kalau islam). Kalau dia saja nak glamor, ‘tahniah’ aku ucapkan sebab misi dia untuk menarik perhatian warga ‘burung biru’ dah berjaya, siap trending tu bro. Entah-entah dapat pahala free bro sebab mesti ramai giler yang bash lu kan? Tak ingat punya maki hamun yang aku baca, kahkahkah.

Lu orang maki dia, apa dapat? Sakit hati? Nama dia yang glamor. Kahkahkah

p/s: apa akan jadi kalau mamat tu ada depan mata?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b,t dan salam 1 dunia.

Macam tak berkesan langsung! 

Aku ada persoalan yang hendak ditujukan kepada sesiapa yang berkaitan dengan program pemulihan dan hukuman yang ada di Malaysia ni. Apakah tahap keberkesanan sistem-sistem yang diguna pakai sekarang? Adakah setiap pesalah yang menjalani hukuman dan sistem pemulihan ni akan benar-benar berubah selepas habis menjalani program?

Aku bangkitkan isu ni sebab mengikut pemerhatian aku, boleh dikatakan 100% individu yang menjalani hukuman atau menjalani program pemulihan terutama yang berkaitan dengan dadah (di kawasan aku) tidak menunjukkan perubahan langsung. Sebelum menjalani hukuman jadi hamba dadah, selepas menjalani hukuman atau pemulihan, mereka yang terlibat ni tetap menjalankan aktiviti mereka seperti biasa. Jika program yang dijalankan tidak menunjukkan apa-apa kesan, untuk apa diteruskan? Tak ada cara lain ke nak mengubah mereka-mereka yang terjebak ni kembali ke jalan yang lurus? Atau adakah ada makhluk-makhluk Allah yang menyebabkan hukuman dan program pemulihan yang dijalankan tidak mendatangkan hasil?

Jika sebelum ditangkap dan dimasukkan ke dalam program pemulihan mereka ni terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, mencuri, mengugut, menyamun dan sebagainya, selepas ditangkap dan menjalani program pemulihan dan keluar dari tembok tinggi, mereka tetap melakukan aktiviti yang sama. Dalam media baru-baru ni ada disiarkan tentang makhluk Allah yang baru sahaja habis menjalani hukuman di berkas kembali setelah kantoi melakukan jenayah. Ada juga berita yang disiarkan mengenai makhluk Allah yang juga baru keluar dari penjara, membunuh isteri sendiri.

Aku suka tekankan isu dadah sebab kawasan aku ni boleh dikatakan “top 5” dalam senarai pemerhatian pihak berkuasa. Bila keluar ke bandar yang berdekatan dan terserempak dengan anggota polis berpakaian preman dan bila dikatakan aku berasal dari kawasan ni, terus aku di arahkan untuk menjalani ujian air kencing. Tapi itu bukan masalah sebab aku memang tak usik benda-benda tu dan insya Allah aku takkan usik sampai bila-bila.

Persoalan yang bermain dalam kepala aku sekarang adalah berkaitan tahap keberkesanan program pemulihan yang dijalankan. Ada beberapa makhluk Allah ni yang boleh dikatakan setiap tahun kena tangkap dan dimasukkan ke dalam program pemulihan tapi langsung tiada perubahan yang ditunjukkan selepas habis tempoh program yang mereka jalani. Tetap jadi hamba dadah. Tetap juga mencuri buah kelapa sawit orang. Tetap juga mencuri getah buku orang. Tetap juga ada kes pecah rumah. Walhal belanja untuk program pemulihan untuk setiap individu bukan murah kan? Guna dana awam kan? Pegawai yang terlibat dalam program tu betul-betul buat kerja untuk memulihkan pelatih atau mereka pula yang menjadi “pembekal” semasa mereka berada dalam program pemulihan?

Ahti aku sakit! Astaghfirullah, semoga diberikan hidayah.