Tak berkesan langsung!

Posted: December 1, 2013 in personal
Tags: , , ,

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b,t dan salam 1 dunia.

Macam tak berkesan langsung! 

Aku ada persoalan yang hendak ditujukan kepada sesiapa yang berkaitan dengan program pemulihan dan hukuman yang ada di Malaysia ni. Apakah tahap keberkesanan sistem-sistem yang diguna pakai sekarang? Adakah setiap pesalah yang menjalani hukuman dan sistem pemulihan ni akan benar-benar berubah selepas habis menjalani program?

Aku bangkitkan isu ni sebab mengikut pemerhatian aku, boleh dikatakan 100% individu yang menjalani hukuman atau menjalani program pemulihan terutama yang berkaitan dengan dadah (di kawasan aku) tidak menunjukkan perubahan langsung. Sebelum menjalani hukuman jadi hamba dadah, selepas menjalani hukuman atau pemulihan, mereka yang terlibat ni tetap menjalankan aktiviti mereka seperti biasa. Jika program yang dijalankan tidak menunjukkan apa-apa kesan, untuk apa diteruskan? Tak ada cara lain ke nak mengubah mereka-mereka yang terjebak ni kembali ke jalan yang lurus? Atau adakah ada makhluk-makhluk Allah yang menyebabkan hukuman dan program pemulihan yang dijalankan tidak mendatangkan hasil?

Jika sebelum ditangkap dan dimasukkan ke dalam program pemulihan mereka ni terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, mencuri, mengugut, menyamun dan sebagainya, selepas ditangkap dan menjalani program pemulihan dan keluar dari tembok tinggi, mereka tetap melakukan aktiviti yang sama. Dalam media baru-baru ni ada disiarkan tentang makhluk Allah yang baru sahaja habis menjalani hukuman di berkas kembali setelah kantoi melakukan jenayah. Ada juga berita yang disiarkan mengenai makhluk Allah yang juga baru keluar dari penjara, membunuh isteri sendiri.

Aku suka tekankan isu dadah sebab kawasan aku ni boleh dikatakan “top 5” dalam senarai pemerhatian pihak berkuasa. Bila keluar ke bandar yang berdekatan dan terserempak dengan anggota polis berpakaian preman dan bila dikatakan aku berasal dari kawasan ni, terus aku di arahkan untuk menjalani ujian air kencing. Tapi itu bukan masalah sebab aku memang tak usik benda-benda tu dan insya Allah aku takkan usik sampai bila-bila.

Persoalan yang bermain dalam kepala aku sekarang adalah berkaitan tahap keberkesanan program pemulihan yang dijalankan. Ada beberapa makhluk Allah ni yang boleh dikatakan setiap tahun kena tangkap dan dimasukkan ke dalam program pemulihan tapi langsung tiada perubahan yang ditunjukkan selepas habis tempoh program yang mereka jalani. Tetap jadi hamba dadah. Tetap juga mencuri buah kelapa sawit orang. Tetap juga mencuri getah buku orang. Tetap juga ada kes pecah rumah. Walhal belanja untuk program pemulihan untuk setiap individu bukan murah kan? Guna dana awam kan? Pegawai yang terlibat dalam program tu betul-betul buat kerja untuk memulihkan pelatih atau mereka pula yang menjadi “pembekal” semasa mereka berada dalam program pemulihan?

Ahti aku sakit! Astaghfirullah, semoga diberikan hidayah.

Advertisements
Comments
  1. puteri kasih says:

    rasanya dah sampai masanya program pemulihan dikaji semula, hukuman ke atas pesalah kes kes jenayah yang lain pun perlu dikaji. Macam dah terlalu ramai yang ulangi kesalahan yang sama malah ada juga yang melakukan kesalahan yang lebih berat setelah ‘dibebaskan’

    Ada sebab yang buat orang tak serik kan, yang paling ketara mungkin hukuman tu tak memberi kesan pada mereka jadi diorang tak kisah pun kalau ditangkap dan perlu melalui semula hukuman yang telah diorang lalui dulu. Nanti bila dibebaskan, boleh buat jahat lagi. Setakat beberapa tahun dalam penjara atau pusat pemulihan dapat makan dan tempat tinggal free pulak tu, untuk pesalah ibarat tinggal kat homestay je kot…:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s