Rakyat didahulukan?

Posted: December 17, 2013 in personal
Tags: , , , , , , , ,

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamual’alaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Inilah moto yang diguna pakai oleh pihak pemerintah di bawah najib kan? Dalam erti kata lain, setiap apa keputusan yang dibuat mesti ditanggung oleh rakyat marhaen demi pencapaian gah negara di mata dunia. Amat bertepatan sekali dengan apa yang berlaku sejak najib duduk di kerusi empuk di dalam singgahsana di Putrajaya sana kan? Memang sudah terbukti amat praktikal moto tersebut. Lihat sajalah apa yang terjadi kepada perkembangan negara sejak beliau menerajui pucuk pimpinan. Satu demi satu rakyat didahulukan dengan kenaikan demi kenaikan harga barangan keperluan. Alasan yang digunakan demi kepentingan negara. 

Setiap kali audit negara dilakukan, pelbagai kepincangan didedahkan. Pembaziran berlaku disana-sini, pemborosan kewangan negara bukan lagi tiris namun ada satu lubang besar yang telah terjadi, hanya menunggu masa karam di tengah samudera. Dan setiapkali kelemahan-kelemahan urus tadbir terdedah, pihak yang berkaitan akan mengalih isu tersebut dengan pelbagai cara. Jika di  lihat apa yang terpampang di dada-dada akhbar, pelbagai drama yang dicipta demi menutup kelemahan urus tadbir pucuk pimpinan yang kamu semua pilih tu. 

Isu audit timbul hanya seminggu dan tiba-tiba timbul isu kalimah Allah. Maka muncullah wira-wira agama bercakap berbuih mulut dengan alasan untk membenteras penghinaan kepada agama. Walhal jika di lihat kepada wira-wira yang muncul, tak mencerminkan apa yang konon-kononnya diperjuangkan. Berminggu-minggu isu kalimah di momokkan ke dalam kotak pemikiran rakyat dan akhirnya isu kepincangan perbelanjaan dan urus tadbir negara dilupakan begitu sahaja.

Baru-baru ni timbul pula isu kenaikan harga barangan keperluan yang sudah pasti didahulukan kepada rakyat marhaen. Sana s-ni terdengar suara rakyat yang didahulukan ini mengeluh dek kenaikan-kenaikan yang berlaku yang sudah pasti bakal menipiskan lagi poket rakyat-rakyat yang didahulukan ini. Demi pencapaian gah negara di mata dunia,rakyat perlu dipertanggungjawabkan. Pucuk pimpinan hanya mengeluarkan arahan, rakyat perlu begitu, rakyat perlu begini jika mahu negara gah di mata dunia. Hanya beberapa hari kecoh tentang isu kenaikan harga, kemudian dimomokkan lagi dengan isu yang kononnya salah seorang pimpinan menganut amalan yang bercanggah dengan apa yang dipraktikkan di dalam negara. Dan sekali lagi isu kenaikan harga semakin dilupakan. Masih ada yang bercakap isu kenaikan harga namun hanya di kedai kopi. 

Maka moto rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan memang sudah berjaya dilaksanakan. Syabas diucapkan kepada kamu semua yang sudah berkorban jiwa raga demi memastikan mereka-mereka yang berada di dalam tapuk kepimpinan tetap terus kekal berada di sana. Sekali lagi syabas diucapkan.

Adios!

 

p/s: pencapaian didahulukan, rakyat diutamakan. inilah moto yang sepatutnya digunakan jika mereka benar-benar mementingkan kepentingan rakyat. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s