Archive for January, 2014

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

image

Bersabda RasulAllah s.a.w : “Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang berjihad pada jalan Allah, tetapi adalah sangat sedikit sekali daripada golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”

p/s : semoga bermanfaat ๐Ÿ˜‰

Happy birthday?

Posted: January 30, 2014 in personal
Tags: , , ,

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

image

Happy birthday? 10 tahun? 8tv dah 10 tahun ya? Tak perasan pula aku. Tengok iklan tadi baru tau. Hurmm actually memang tak pernah ambil tahu pun. ๐Ÿ˜›

Selamat ulang tahun yang ke-10 buat stesen tv 8tv. Tarikh yang tepat tak pula aku tau, almaklumlah aku ni hanya menonton rancangan yang disiarkan, bukan nak selidik dan ingat semua perkara yang berkaitan stesen tv tu. :). Rancangan yang diorang siarkan kebanyakannya memang menarik perhatian aku, dan boleh diterima dek pendengaran dan pemikiran aku.

Actually memang hari-hari 8tv jadi stesen tv pilihan aku. Bukan nak puji cuma macam apa yang aku kata di perenggan atas tu, rancangan yang diorang siarkan menepati citarasa aku. Lagi pula aku memang dah lama jadi penonton setia drama hokkien yang diorang siarkan tiap-tiap petang tu. Sampaikan ada masa naik jemu aku di buatnya. Dah berbulan-bulan cerita tu aku tengok tapi tak pandai juga aku cakap bahasa hokkien ๐Ÿ˜› hehe.

Semoga 8tv terus maju jaya di masa hadapan. Adios ๐Ÿ™‚

p/s: mula-mula aku tengok sebab minat tengok Julie Woon je ๐Ÿ˜› hehe

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

image

Tidak lama lagi, tahun baru cina bakal di rai. Dan setiap kali tahun baru cina muncul, masyarakat akan dilambakkan dengan buah limau mandarin. Aku tak tahu maksud pengagihan buah limau mandarin bagi kaum cina. Mungkin sebagai gambaran tanda syukur akan nikmat dan rezeki yang diperolehi sepanjang tahun. Hurm, kena lah tanya kawan-kawan yang berbangsa cina untuk mengetahui maksudnya yang sebenar, kan? ๐Ÿ˜‰

Apa pun terima kasih la kepada kawan-kawan berbangsa cina yang telah memberi aku berkotak-kotak buah limau mandarin. Ada yang manis, ada yang masam, yang tawar pun ada. Tapi takpe sebab semua tu rezeki yang Allah bagi, disampaikan melalui tangan kawan-kawan yang berbangsa cina. Terima kasih diucapkan. Xie xie ni, Gong Xi Fa Cai. ๐Ÿ˜‰

ps : makan limau banyak, lawas perut dibuatnya. ๐Ÿ˜›