Archive for February, 2014

Bismillahirrahmanirrahim.

image

Abu Hurairah berkata, “Ketika Nabi Muhammad SAW berucap kepada orang ramai, seorang Arab Dusun datang berjumpa Baginda dan bertanya: Bilakah kiamat akan berlaku? Rasulullah SAW tetap meneruskan ucapannya. Sesetengah yang hadir berkata, Baginda mendengar apa yang ditanya, tetapi Baginda tidak suka dan sesetengah yang lain berkata, Baginda tidak mendengar soalan itu.

Sehinggalah apabila selesai ucapannya Baginda bertanya: Mana orang bertanya mengenai Hari Kiamat tadi? Orang Arab Dusun itu menjawab: Saya di sini wahai Rasulullah.

Rasulullah bersabda: Apabila amanah diabaikan, tunggulah berlakunya Hari Kiamat. Orang itu bertanya lagi: Bagaimana amanah diabaikan? Jawab Rasulullah: Apabila kuasa dan pemerintahan diberi kepada orang yang bukan ahlinya, tunggulah berlakunya Hari Kiamat.” (Riwayat Bukhari)

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Hari Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah orang Islam memerangi orang Yahudi. Sehinggalah seorang Yahudi akan bersembunyi di belakang batu dan pokok, lalu batu dan pokok berkata: Wahai orang Islam, ini dia orang Yahudi di belakang saya. Marilah bunuh dia! Kecuali pokok gharqad kerana ia adalah pokok orang Yahudi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

*artikel berita harian.

Kaki ayam.

Posted: February 18, 2014 in personal
Tags: , , , ,

Bismillahirrahmanirrahim.

Kaki ayam, tak pernah berhenti mengais kecuali semasa tidur. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Itu juga gambaran manusia terhadap manusia disekelilingnya yang kurang berkemampuan untuk melayari kehidupan yang serba-serbi memerlukan duit. Tiada duit maka tiadalah kehidupan, kata kebanyakan orang. Hurm, pandangan aku pun sama rasanya 😉 Tapi jika direnung sedalam-dalamnya, ia merupakan satu peringatan kepada manusia supaya tetap berusaha untuk meneruskan hidup walau apa juga yang menghalang. Kais sana, kais sini, walaupun cuma sedikit hasilnya ia tetap rezeki buat ayam itu mengalas perut untuk meneruskan kehidupan. Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

image

Kaki ayam, salah satu anggota badan ayam yang selalunya orang akan buang begitu saja. Sebenarnya itulah yang berlaku setiapkali pelanggan aku beli ayam tapi bukan semua, segelintir saja. Aku pernah bertanya kepada pelanggan aku, sebab kenapa mereka buang kaki ayam tu. “Kotorlah, ayam tu jalan-jalan pijak entah apa lepas tu kita nak makan pula..gelilah!”. Hurm, itulah kebanyakan jawapan yang aku dapat setiapkali aku bertanya. Ada juga yang kata tak suka sebab kaki bukan ada isi pun, kulit dengan tulang je, nak makan apa? Heh, bernaskan jawapannya.

Kaki ayam, orang kata kotor tapi bagi aku ia tak kotor pun. Jika kita perasan, ayam-ayam ni pakai stokin sejak dilahirkan lagi. Selaput kuning yang ada di kaki ayam tu, perasan? Ayam yang dijual di pasar tu masih ada selaput kuning di kakinya? Manusia pun tak pakai stokin 24 jam, tujuh (7) hari seminggu walaupun ada yang tahu bahawa kaki juga salah satu aurat yang perlu ditutup. Ayam-ayam yang dijual di pasar tu semuanya sudah dibersihkan sebaik mungkin jadi bagi aku sudah tak ada istilah kotor untuk kaki ayam yang ada pada ayam-ayam yang dijual di pasar tu. Jika kotor pun bukan kerana habitat dan cara hidup ayam tu tapi sebab kecuaian manusia yang kurang menitik-beratkan soal kebersihan semasa proses menyediakan ayam tu.

Pasal kaki ayam tak ada isi. Aku pernah terbaca tentang khasiat yang ada pada kaki ayam. Kalsium yang ada pada kaki ayam tu tinggi dan dikatakan ia baik untuk kekuatan tulang. Hurm, mungkin sebab itulah orang cina suka makan sup kaki ayam. Reneh sup sampai pekat, segala pati dan khasiat yang ada pada kaki ayam tu sebati dengan sup. Nikmatnya tak terkata, ia juga menyihatkan badan.

Lagi satu, bukankah ia termasuk dalam kategori membazir bila kita buang begitu saja kaki ayam tu. Cuba fikirkan tentang saudara kita di luar sana, yang makannya entah ada entah tidak. Yang makannya hanya mengharapkan ehsan daripada manusia lain. Yang makannya..Hurm 😦

Bismillahirrahmanirrahim.

image

Barangkali ada yang sakit hati setelah selesai membaca tulisan aku yang sebelum ini. Barangkali ada yang mengatakan “apa hak aku untuk memperkatakan tentang perbuatan sebilangan manusia sebegitu rupa”. Barangkali ada yang mempersoalkan niat aku menulis sebegitu rupa. Angkuhkah aku sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa? Dijamin syurgakah aku? Maksumkah aku? Mempersoalkan baik buruk seorang manusia, hebat sangatkah aku? Jauh panggang dari api. Hehe

Memang itulah respon yang aku inginkan. Membuka mata dan fikiran manusia yang membaca tentang apa yang aku tulis. Membuka mata dan fikiran manusia tentang buruknya sikap seseorang manusia pada pandangan manusia lain apabila dengan sewenangnya memperkatakan tentang baik buruk manusia lain sebegitu rupa.

Mungkin ‘sakit hati’ yang kamu rasa itu turut ada pada manusia yang secara sedar atau tidak, sudah rasa terhina akibat perbuatan atau percakapan kamu. Apabila kamu mempersoal, memperkatakan tentang cara hidup manusia lain, mungkin manusia yang kamu persoalkan itu turut ‘sakit hati’ dengan kata-kata kamu? Terutamanya dengan apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Begitu lantang suara-suara yang mempersoalkan cara hidup dan kepercayaan orang lain.

Sebagai seorang manusia dan hamba Allah, apabila melihat sesuatu perkara yang bertentangan dengan pegangan agama, kita dibenarkan untuk ‘menegur’ namun jangan pula menghina. Bagi yang ada kuasa, ada cara untuk menegur atau mengekang perbuatan kurang elok itu daripada terus berlaku. Bagi yang tidak punya kuasa cukuplah sekadar berdoa kepada Yang Maha Esa agar si pelaku mendapat petunjuk dan akhirnya sedar akan perilaku kurang elok yang dilakukannya. Itulah selemah-lemah iman. Menegur jangan sampai menghina.

Niat untuk menarik perhatian manusia agar mendekati agama mungkin tidak akan terjadi jika cara yang dilakukan mengguris hati orang lain. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Pertimbangkan baik dan buruk sesuatu perbuatan sebelum melaksanakannya. Hurm, mungkin apa yang aku tulis kali ini pun membuatkan ada ego yang tercabar. Macam bagus saja mamat ini berbicara, diri sendiri sudah terlalu baguskah? Hurm, masih banyak perkara yang perlu diperbaiki. Maaf cakap 😉

Wallahua’lam.

p/s : aku seorang hamba 🙂