Perlukah menghina?

Posted: February 12, 2014 in personal
Tags: , , , ,

Bismillahirrahmanirrahim.

image

Tadi belek ‘timeline twitter’ terbaca luahan perasaan seorang saudara baru tentang kata-kata masyarakat sekeliling terhadap orang yang makan babi. Busuk dan menjijikkan kata mereka dan saudara baru ni menegur sikap mereka kerana baginya sikap mereka agak melampau. Lagi pula ahli keluarganya masih menganut agama mereka dan masih memakan babi.

Babi dan arak termasuk dalam kategori haram dalam Islam, kan?. Dalam Al-Quran pun ada sebut pasal pengharaman 2 benda ni, hadis pun banyak, kan?. Bagi orang bukan Islam tiada halangan bagi mereka untuk masukkan babi dan arak dalam senarai hidangan mereka, kan?. Babi adalah salah satu makanan mereka, begitu juga arak. Cuma orang bukan Islam ni perlu peka dengan sensitiviti orang Islam je la. Bukan masalah besar pun bagi orang Islam sebab Islam tak pernah halang pun apa yang orang bukan Islam nak buat, kan?. Jika orang bukan Islam menggugat kesejahteraan dan sensiviti agama, baru la orang Islam ada hak ‘menegur’ mereka, kan?.

Jika ada yang bertanya kepada aku tentang orang bukan Islam makan babi, aku tiada halangan sebab babi hanya haram bagi orang Islam. Selagi mereka tak guna babi untuk hasilkan apa-apa produk dan dijual di pasaran terbuka tanpa apa-apa tanda dan peringatan dan tak peka dengan sensiviti orang Islam, tiada masalah bagi aku. Cuma bila sebut bab arak, aku akan tarik muka sikit sebab kemungkinan untuk berlaku perkara yang memudaratkan tu besar. Lagi satu arak ni bukan orang bukan Islam je yang minum sekarang ni. Ramai je manusia yang dalam kad pengenalan mereka jelas tertulis ‘Islam’ minum arak juga. Bau arak pun ‘boleh tahan’ juga kan? Silap gaya boleh keluar segala makanan yang ada dalam perut bila orang yang baru lepas minum arak bersembang depan mata. Maaf cakap la ye.

Jika di lihat kes-kes yang berlaku disebabkan arak, hurmm banyak juga kan?. Bergaduh bila mabuk, bertikam berbunuhan sebab mabuk. Memandu sambil mabuk, terlanggar orang lain sampai meragut nyawa sendiri dan orang lain. Hurm…bila arak menguasai pemikiran, macam-macam hal boleh terjadi.

Teringat pula kisah seorang ilmuan yang mati dalam kesesatan hanya disebabkan arak tapi maaf sebab aku tak ingat kisah tu secara terperinci. Beliau melakukan dosa akibat meneguk arak. Kerana arak, beliau mendapat dosa kerana berlakunya zina. Kerana arak, beliau mendapat dosa kerana membunuh wanita yang beliau perkosa dan janin yang terhasil akibat pemerkosaan tersebut. Dan akhirnya, beliau mati dalam keadaan murtad apabila di saat akhir sebelum beliau dijatuhkan hukuman akibat zina dan membunuh, syaitan berkata akan meyelamatkan beliau daripada hukuman dengan syarat beliau mengakui ‘kebesaran’ syaitan melampaui kebesaran Allah s.w.t. Na’zubillahiminzalik.

Babi ni memudaratkan sebab mengikut kajian, ada satu ‘makhluk’ dalam badan babi yang mana jika di rebus pada takat didih pun, makhluk ni tak mati. Dan dikatakan makhluk ni mampu mengancam nyawa apabila ia memasuki sistem badan manusia.

Wallahua’lam.

Advertisements
Comments
  1. puteri kasih says:

    mungkin cara yang mereka sampaikan tu nampak macam menghina..kadang-kadang susah juga bila hidup dalam keluarga yang berlainan agama, terutamanya bila ada ahli keluarga yang kurang memahami ataupun lebih tepat lagi tak nak ambil tahu atau tak sensitf dengan isu-isu sebegini.

    Tapi kan abg, kalau kita bercakap bukan dari segi agama sekalipun, hakikatnya babi dan arak memang memudaratkan. Contohnya macam arak yang menghayalkan..bila dah mabuk lupa diri, sanggup mengaibkan diri sendiri buat perkara tak senonoh. Tak tahulah kenapa masih ramai yang sanggup bazir duit semata-mata nak beli air setan tu.

    Babi plak adalah haiwan yang paling kotor, sebenarnya ada agama lain pun menghalang makan babi ni tapi sayang penganut agama tersebut tak ikut.

    Sepatutnya bila kita dilarang dari berbuat atau memakan sesuatu, pasti ada sebabnya. Tak ada benda yang dilarang tanpa sebab kan 🙂

    • keyol says:

      Banyak kes yg jadi skrg ni puncanya arak kan. Bertumbuk smpi jadi kes bunuh. Kebanyakannya jadi bila kepala dah khayal dek arak.
      Oh tak tau pula ada agama lain yg larang makan babi juga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s