Raja sombong, lelaki beriman dan maut.

Posted: March 13, 2014 in personal, reminder
Tags: , , , , ,

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

image

Wahb bin Munabbih menceritakan, seorang raja sombong dihampiri malaikat maut. Pada suatu hari, raja itu memakai pakaian cantik dan mahal, lalu menunggang kuda. Raja itu enggan bersalaman dengan rakyat yang mahu berjabat tangan dengannya.

Bagaimanapun, seorang lelaki tua berjaya menghampiri raja itu sambil memberi salam dan menarik tali kuda berkenaan. Raja memarahi lelaki tua itu tetapi lelaki tua tetap berkeras untuk mendekatinya.
Lelaki tua itu berbisik kepada raja bahawa dia adalah malaikat maut. Dengan segera wajah raja itu menjadi pucat lesi dan lidahnya kelu.
Raja itu meminta kebenaran untuk pulang ke istana untuk bertemu anggota keluarga tetapi malaikat maut tidak membenarkannya dan berkata; “Tidak boleh. Demi Allah, engkautidak akan melihat keluargamu dan hartamu lagi!”

Malaikat maut mencabut roh raja dan menyebabkan jasad raja itu tersungkur seperti kayu tumbang. Kemudian, malaikat maut menemui seorang lelaki beriman dan baik amalannya, lalu mengucapkan salam.

Aku ada satu keperluan denganmu yang hendak aku bisikkan di telingamu. Akulah malaikat maut,” kata Malaikat Izrail.

Selamat datang wahai yang telah lama aku tunggu. Demi Allah tiadalah di bumi ini yang belum hadir yang lebih aku cintai untuk berjumpa melebihimu. Aku tidak punya keperluan yang lebih besar dan hendak dipenuhi dibandingkan dengan bertemu Allah,” jawab lelaki beriman itu.

Malaikat maut memberi pilihan kepada lelaki itu dalam keadaan apakah dia mahu nyawanya dicabut. Lalu lelaki itu meminta Malaikat Izrail mencabut nyawanya dalam keadaan beliau bersujud.

Malaikat Izrail mendatangi orang yang akan dicabut nyawanya dalam keadaan berbeza-beza, bergantung kepada iman dan amalan orang itu.

Wallahua’lam.

*BH-Ensiklopedia Kiamat.

Advertisements
Comments
  1. puteri kasih says:

    menarik kisah ni..mudah-mudahan kita dah bersedia bila malaikat maut datang menemui

  2. aswadz says:

    perkukuhkan iman. baru la tak takut bila malaikat maut datang menjemput.

    • keyol says:

      Betul tu..kena buat persiapan awal utk menghadapi maut. Baik amalan baiklah cara ‘di jemput’ buruk amalan buruk la cara ‘di jemput’ nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s