Archive for April, 2014

Satu vs empat.

Posted: April 24, 2014 in personal
Tags: , ,

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

image

Kalau ikut logik, satu lawan empat mesti satu akan kalah. Tapi kalau ikut imaginasi, satu batalion pun boleh tersungkur bila lawan yang satu tu. Satu tambah empat jadi lima, meriah. Satu tolak empat jadi negatif tiga, sedih. Satu ditujukan kepada orang lain, empat ditujukan kepada diri sendiri. Macam yang ada seorang doktor tu selalu cakap. Ada, beri dan dapat. Lebih kurang macam gambar di atas tu lah agaknya.

Maksudnya semua orang boleh fahamkan? Apabila sesuatu terjadi, kita selalu menuding jari menyalahkan orang lain. Padahal kita tak sedar, kadang-kadang sesuatu perkara tu terjadi atas kesilapan diri kita sendiri juga. Kafarah, apa yang kamu bagi akan kembali kepada diri kamu juga akhirnya. Kalau kamu buat sesuatu yang buruk kepada orang lain, keburukan tu akan kembali menimpa diri kamu. Mungkin bukan daripada orang yang telah kamu buat keburukan tapi daripada orang lain. Barangkali musuh dalam selimut kamu. Mungkin daripada sesiapa yang berhubungkait dengan si polan yang telah kamu buat buruk tadi. Tiada siapa tahu, cuma apa yang pasti setiap perbuatan kita akan ada balasannya. Bukan karma tapi kafarah.

Mungkin selama ni kamu abaikan perasaan orang lain. Jadi jangan tanyalah jika kamu rasa diri kamu diabaikan oleh orang lain. Mungkin juga kamu pernah kondem orang, jadi kamu jangan pelik bila ada orang lain kondem kamu. Mungkin juga selama hidup kamu, pernah masukkan pasir dalam periuk nasi orang. Bila periuk nasi kamu ada orang masukkan pasir, renung-renungkanlah. Fikir sendirilah kenapa semua tu terjadi ya.

Berbaik sangka dalam semua perkara. Hurm, alangkah bagus jika boleh buat macam tu. Pasti hati tenang sepanjang masa. Pasti tiada lagi bermasam muka dengan sesiapa. Pasti senyum sentiasa meniti di bibir, dapat pahala sedekah.

Senyum! :))

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

image

Agak-agak bila boleh dengar kucing mengaum? Hurm, benda tu tak mustahil untuk berlaku jika Dia Berkehendak. Tapi kalau difikirkan secara logik akal manusia, memang mustahil la kan. Kucing mengaum, memang glamor la kucing tu nanti. Silap-silap ada pula manusia yang nak culik buat tarik nombor ekor.

Kisah “cucuk duit, bayar hutang” tadi pun boleh diibaratkan macam tunggu kucing mengaum juga lah. Tak mustahil berlaku tapi bila difikirkan situasi si polan tu, susah nak percaya benda tu akan berlaku. Actually menunggu juga la, mana tahu muncul si polan tu menghulur. Tapi itulah, ibarat tunggu kucing mengaum lah. Dah lima tahun kena ‘kencing’ jadi dah lali agaknya. Macam apa yang aku selalu dengar, “ihsan si pemberi hutang, kalau nak tenang halalkan sajalah”.

Ihsan aku tak sampai tahap tu lagi. Kalau orang nak berhutang, aku bagi tapi walau macamana pun hutang tu tetap perlu dibayar. Jarang-jarang sekali aku akan ingatkan si polan tu untuk bayar hutang. Bak kata Mahathir la kan “melayu mudah lupa” , jadi kenalah ingatkan sekali-sekala. Tak perlu sebut selalu tapi perlu diingatkan supaya tak lupa.

Hutang wajib bayar!

Ujian atau dugaan?

Posted: April 23, 2014 in personal
Tags: , , ,

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

image

Dengan lafaz ‘bismillahirrahmanirrahim’ aku memulakan rutin harian. Kerja sendirian berhad, jadi semuanya perlu dibuat sendiri. Alhamdulillah, walaupun adakalanya rasa bosan menunggu pelanggan tapi, dah hampir 11 tahun kan jadi teruskan sahaja. Hidup mesti diteruskan dan tak perlu disia-siakan segala usaha yang telah dicurahkan selama ni.

Hakikat kehidupan, ada masa senang ada masa susah. Kalau senang ‘alhamdulillah’ kalau susah juga ‘alhamdulillah’. Semua tu ujian dari-Nya. Si anak yatim yang aku sebut sebelum ni juga ujian kan? Atau boleh juga dikatakan sebagai dugaan? Lain ke makna antara dua perkataan tu? Ada kamus dewan tak? Nak tau juga apa definisi dua perkataan tu. Lain ke definisinya atau sama saja. Memandangkan aku menaip ni guna wordpress versi mobile jadi lain kali lah aku bagi definisi dua perkataan tu. Atau kamu cari, dan bagi tau aku apa definisi dua perkataan tu.

Si anak yatim tu baru je lepas mengendeng aku minta duit nak isi minyak motor. Nak pegi ‘cucuk duit’ katanya. Dan katanya, lepas ‘cucuk duit’ nanti dia akan bayar sikit hutang dia. Itu kata dialah. Actually dah lima tahun aku dengar dia duk ulang ayat ‘lepas cucuk duit, nak bayar hutang’. Kalau aku cucuk perut dia dengan pisau baru ada akal. Baka!

p/s : lebih kurang muka comot tu la muka aku bila dengar dia kata ‘cucuk duit, bayar hutang’.