Satu vs empat.

Posted: April 24, 2014 in personal
Tags: , ,

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

image

Kalau ikut logik, satu lawan empat mesti satu akan kalah. Tapi kalau ikut imaginasi, satu batalion pun boleh tersungkur bila lawan yang satu tu. Satu tambah empat jadi lima, meriah. Satu tolak empat jadi negatif tiga, sedih. Satu ditujukan kepada orang lain, empat ditujukan kepada diri sendiri. Macam yang ada seorang doktor tu selalu cakap. Ada, beri dan dapat. Lebih kurang macam gambar di atas tu lah agaknya.

Maksudnya semua orang boleh fahamkan? Apabila sesuatu terjadi, kita selalu menuding jari menyalahkan orang lain. Padahal kita tak sedar, kadang-kadang sesuatu perkara tu terjadi atas kesilapan diri kita sendiri juga. Kafarah, apa yang kamu bagi akan kembali kepada diri kamu juga akhirnya. Kalau kamu buat sesuatu yang buruk kepada orang lain, keburukan tu akan kembali menimpa diri kamu. Mungkin bukan daripada orang yang telah kamu buat keburukan tapi daripada orang lain. Barangkali musuh dalam selimut kamu. Mungkin daripada sesiapa yang berhubungkait dengan si polan yang telah kamu buat buruk tadi. Tiada siapa tahu, cuma apa yang pasti setiap perbuatan kita akan ada balasannya. Bukan karma tapi kafarah.

Mungkin selama ni kamu abaikan perasaan orang lain. Jadi jangan tanyalah jika kamu rasa diri kamu diabaikan oleh orang lain. Mungkin juga kamu pernah kondem orang, jadi kamu jangan pelik bila ada orang lain kondem kamu. Mungkin juga selama hidup kamu, pernah masukkan pasir dalam periuk nasi orang. Bila periuk nasi kamu ada orang masukkan pasir, renung-renungkanlah. Fikir sendirilah kenapa semua tu terjadi ya.

Berbaik sangka dalam semua perkara. Hurm, alangkah bagus jika boleh buat macam tu. Pasti hati tenang sepanjang masa. Pasti tiada lagi bermasam muka dengan sesiapa. Pasti senyum sentiasa meniti di bibir, dapat pahala sedekah.

Senyum! :))

Advertisements
Comments
  1. puterikasih says:

    Apa yang berlaku pada kita, baik atau buruk kadangkala berpunca dari sikap kita sendiri. Sebelum menunding jadi pada orang, kena tunding jari dulu kat diri sendiri. Mungkin apa yang buat kita sedih, marah, sakit hati, geram, kecewa…semuanya berpunca dari sikap diri sendiri.

    Lepas dah scan diri sendiri, kita perlu berbaik sangka. Di sebalik tindakan dan sikap seseorang pasti ada sebab sebab tersendiri yang mungkin kita tak tahu atau tak akan faham. Fikiran dan hati orang lain…mana mungkin kita dapat tahu apa yang tersirat kan 🙂

    p/s gambar tu menunding ke nak bertumbuk 😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s