Archive for May, 2014

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

image

Banyak duduk boleh mengakibatkan sakit tulang belakang. Tapi tak bermaksud tak boleh duduk lama. Ada cara duduk yang sesuai jika kerja kita memerlukan kita duduk dalam satu tempoh masa yang panjang.

Nak tahu cara untuk mengelakkan kita alami sakit tulang belakang? Actually aku pun nak tahu sebab kerja aku banyak duduk juga.

1) Posisi duduk yang paling sesuai pada sudut 135° antara kaki dan tulang belakang. Bahagian bawah dan belakang badan hampir di bahagian dalam kerusi, kaki dan punggung bila menyentuh kerusi.

2) Berdiri setiap setengah jam untuk meregangkan badan atau berjalan-jalan untuk seketika.

3) Sentiasa meregangkan kaki. Ini dapat membantu mengelakkan pembekuan darah pada kaki. Pembekuan darah biasa berlaku dalam kalangan pengguna komputer pertengahan umur.

4) Meregangkan tangan, kaki, leher dan badan semasa duduk. Ini dapat mengelakkan badan berasa kaku.

5) Gunakan masa ketika memuat turun fail yang besar di komputer untuk berjalan-jalan atau buat senaman ringan.

6) Jangan duduk dengan diam. Buat pergerakan sedikit seperti menggoyangkan kaki atau mengetuk kaki.

7) Bangun daripada kerusi dan meregangkan badan, mengangkat kaki atau sebarang aktiviti yang boleh membantu untuk bergerak.

8) Semasa duduk, punggung harus berada di paras yang lebih tinggi daripada lutut. Ini dapat mengurangkan tekanan ke atas tulang belakang lumbar.

9) Pilih kusyen kerusi yang diperbuat daripada bahan yang membolehkan pembahagian tekanan yang sama rata. Ini dapat meluaskan permukaan sentuh antara badan dan kerusi.

10) Pilih kerusi mengikut ketinggian dan keselesaan.

Yang akhir sekali. Kalau habis semua cara dah guna tapi masih rasa sakit tulang belakang, pergilah jumpa doktor. Minta nasihat doktor untuk menyelesaikan masalah sakit tulang belakang tu. o_O

*Ini artikel daripada berita harian.

Hari ni.

Posted: May 8, 2014 in personal
Tags: , ,

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum & selamat sejahtera.

image

Bangun pagi, mandi, bersiap untuk pergi buat kerja. Sampai kedai, baru nak mulakan kerja datang seorang hamba Allah. Nak pinjam motor katanya, entah mana dia nak pergi aku tak tahu. Lepas tu datang pula lagi seorang hamba Allah. Salam takde apa takde terus serbu masuk, “war, rokok sebatang.” rokok di hulur. “War, pinjam 20. Nanti selasa depan aku bayar habis. Semua 190 kan?” Eh! Rokok aku kau sapu, poket aku pun kau nak seluk? Berapi je telinga aku dengar tapi 20 tetap dia dapat.

Baru nak mula buat kerja, dah datang hamba Allah nak meminjam. Seposen pun belum masyuk lagi, dia dah nak meminjam? Panas!. Aku pernah dengar sorang uncle cina cakap, “lu mau hutang wa boleh kasi tapi kasi wa masyuk dulu la. Ini wa baru mau mula lu sudah mari mau hutang. Manyak suwei wo!” Lebih kurang macam tu la ayatnya. Heh
Pagi-pagi dah hangin satu badan dek drama hamba Allah tu. Dah la nak membayarnya liat! Memang tak ikhlas langsung masa menghulur 20 tu tadi.

Itu cerita pagi tadi. Menyampah? Ada aku kisah? o_O

*merungut tak sudah. Astaghfirullah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Image Pada suatu malam Kak Ros bergaduh dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Ros teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia langsung tidak mempunyai duit bersamanya. Syiling untuk menelefon ke rumah bagi meminta pertolongan juga tiada.

Pada masa yang sama, perutnya mula menyanyi meminta untuk di isi. Kak Ros tiba di satu gerai menjual burger yang aromanya amat menggoda, membuatkan perutnya semakin kuat menyanyi. Kak Ros teringin untuk makan burger ayam tapi duitnya pula tidak ada. Penjual burger menyedari kehadiran Kak Ros. Melihat keadaan Kak Ros yang hanya memandang ke arah burger yang di masak dengan penuh nafsu, penjual burger pun bertanya;

Adik dah makan ke belum? Kalau belum ambillah burger ni, makan dulu.” kata penjual burger.

“Tapi pakcik, saya tak ada duit.” kata Kak Ros.

“Tak apa, pakcik belanja. Mari sini duduk, makan.” kata penjual burger sambil membancuh air untuk Kak Ros.

Beberapa minit kemudian air mata Kak Ros mengalir. Melihat keadaan itu, penjual burger itu bertanya, “Kenapa adik menangis?”

 “Tak ada apa-apa pakcik. Cuma terharu dengan kebaikan pakcik.” kata Kak Ros sambil mengesat airmatanya. “Orang asing macam pakcik boleh bagi burger kepada Ros tapi mak halau saya daripada rumah selepas bertengkar dengan saya. Kejam betul mak saya tu!” tambah Kak Ros lagi.

Mendengar kata-kata Kak Ros, membuatkan penjual burger mengeluh.  (more…)