Kisah sebiji burger.

Posted: May 5, 2014 in reminder
Tags: , , ,

Bismillahirrahmanirrahim.

Image Pada suatu malam Kak Ros bergaduh dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Ros teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia langsung tidak mempunyai duit bersamanya. Syiling untuk menelefon ke rumah bagi meminta pertolongan juga tiada.

Pada masa yang sama, perutnya mula menyanyi meminta untuk di isi. Kak Ros tiba di satu gerai menjual burger yang aromanya amat menggoda, membuatkan perutnya semakin kuat menyanyi. Kak Ros teringin untuk makan burger ayam tapi duitnya pula tidak ada. Penjual burger menyedari kehadiran Kak Ros. Melihat keadaan Kak Ros yang hanya memandang ke arah burger yang di masak dengan penuh nafsu, penjual burger pun bertanya;

Adik dah makan ke belum? Kalau belum ambillah burger ni, makan dulu.” kata penjual burger.

“Tapi pakcik, saya tak ada duit.” kata Kak Ros.

“Tak apa, pakcik belanja. Mari sini duduk, makan.” kata penjual burger sambil membancuh air untuk Kak Ros.

Beberapa minit kemudian air mata Kak Ros mengalir. Melihat keadaan itu, penjual burger itu bertanya, “Kenapa adik menangis?”

 “Tak ada apa-apa pakcik. Cuma terharu dengan kebaikan pakcik.” kata Kak Ros sambil mengesat airmatanya. “Orang asing macam pakcik boleh bagi burger kepada Ros tapi mak halau saya daripada rumah selepas bertengkar dengan saya. Kejam betul mak saya tu!” tambah Kak Ros lagi.

Mendengar kata-kata Kak Ros, membuatkan penjual burger mengeluh. 

“Kenapa adik cakap macam tu? Cuba adik renungkan. Pakcik cuma bagi sebiji burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Mak adik sudah membesarkan adik sejak kecil, kenapa adik tak rasa bersyukur malah bertengkar pula dengan emak adik?” kata penjual burger.

Terkejut Kak Ros apabila mendengar kata-kata penjual burger itu. Selepas berterima kasih, Kak Ros terus berjalan menuju ke rumahnya. Dalam perjalanan Kak Ros asyik berfikir.

“Kenapa selama ini aku tak terfikir perkara itu? Sebiji burger daripada seorang yang asing boleh membuatkan aku rasa terharu dan terhutang tapi tidak merasa apa-apa dengan pengorbanan emak membesarkan aku sejak kecil? Maafkan Ros mak. Ros silap selama ini. Maafkan Ros”

Sejurus tiba di rumah,Kak Ros melihat wajah emaknya yang kerisauan bertukar menjadi lega setelah melihat Kak Ros kembali ke rumah.

“Ros, mari masuk. Mesti Ros lapar. Jom kita makan, mak dah masak.” kata emaknya.

Mendengar kata-kata emaknya, Ros terus menangis, menyembamkan muka sambil memeluk erat emaknya.

Wahai anakku. Di dalam kehidupan ini, engkau lebih mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh kawan-kawan di sekeliling kamu. Tapi untuk ahli keluarga terdekat, kamu sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan. Kasih sayang dan keperihatinan keluarga terdekat kepada kamu adalah perkara paling berharga yang dikurniakan oleh Allah sejak kamu dilahirkan. Terutamanya kasih sayang daripada kedua-dua orang tuamu. Pernahkah kamu mengerti untuk menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat kedua-dua orang tuamu? 🙂

Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Man

nota kaki : aku ubah sikit. peringatan untuk diri sendiri. 🙂

Advertisements
Comments
  1. puterikasih says:

    menarik cerita ini.

    Selalunya kita lebih menghargai perkara-perkara kecil yang dibuat orang lain. Tetapi kita lupa akan pengorbanan dan kasih sayang dari kedua orang tua. Mungkin kerana sudah terbiasa dengan kasih sayang mereka sejak dilahirkan membuatkan kita ‘buta’ dan memandang remeh pada setiap pengorbanan mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s