Archive for December, 2014

Assalamu ‘alaikum.

Aku terbaca dalam satu buku dan aku berniat untuk berkongsi di sini. Untuk peringatan kita bersama.

1. Orang itu akan mendapat murka dan kemarahan Allah. Ia juga tergolong sebagai orang yang kufur kepada Allah.

“Jaminan yang membezakan antara kita dan mereka adalah solat. Maka barangsiapa meninggalkan solat, ia telah kafir.” “Perbezaan antara muslim dengan kafir adalah solat.”

2. Orang itu akan mendapat kebencian dari sesama makhluk dan semakin jauh dari mereka. Orang yang paling jauh dan tersingkir di tengah-tengah masyarakat adalah juga orang yang paling jauh dari Tuhan (Allah).

3. Hati menjadi keras, sempit, wajahnya kelam, hatinya menjadi hitam. Rezekinya menjadi sempit, mendapat laknat dan cercaan sesama manusia, yang akhirnya menimbulkan musibah baginya di dunia dan di akhirat.

4. Terputusnya hubungan antara makhluk dengan Tuhannya.

Wahai orang yang benar-benar mengetahui! Untuk setiap permasalahan hidup, ambillah penyelesaian yang jelas dan tinggalkan yang masih samar-samar, agar engkau selamat dari bahaya dan segala macam bentuk larangan.

Berzuhudlah di dunia dan hindarkanlah berangan-angan! Dan jadikanlah segala amalmu untuk mendapat reda-Nya. Jangan sampai kemewahan dan perhiasan dunia menipu dan melalaikanmu, dan sedarilah tipu daya dunia.

Demi Allah, andaikan kamu tahu apa yang akan kamu hadapi kelak, nescaya kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis.

Ingatlah selalu kematian dan hal-hal yang mengiringinya! Kerana, tidak seorangpun manusia yang boleh menghindarkan diri darinya. Kematian adalah dinding pemisah yang akan menyingkap kehidupan yang sebenarnya, maka janganlah kamu keliru menilainya!

Ketahuilah bahawa kuburan adalah salah satu taman syurga atau lembah neraka. Andaikan dunia ini baik bagimu, maka ketahuilah bahawa yang akan datang berikutnya jauh lebih baik di sisi Tuhan. Dan sebaliknya, jika ┬ádunia ini buruk bagimu, maka yang akan datang berikutnya jauh lebih buruk bagi seorang hamba. – Syekh Hafidz bin Ahmad al-Hikamiy.

Advertisements