Archive for April, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lima waktu sehari semalam. Lebih kurang dua puluh lima minit berbanding dua puluh empat jam kehidupan kita. Sedikit waktunya tapi ramai yang rasa lama. Hmm….

” Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat
lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada
zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu
terdetik dalam hati dia (nazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi hamil dan melahirkan anak. Apabila dah
dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar, nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau
umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu
minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun
senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat
sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak
gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat.

Tak tergamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun
makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Hati-hati dengan apa yang kita makan.
Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi
Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam),

“As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maksudnya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu..””

Hmm, perkara ‘ringan’ selalu terasa ‘berat’ bagi orang yang tidak ambil berat. Renung-renungkanlah.

From WhatsApp with love. O_O

Kubur kata, mari!

Posted: April 28, 2015 in reminder
Tags: , ,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat menikmati kehidupan dunia semua. Sambil tu jangan lupa, setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Jadi persiapkanlah segala keperluan untuk di bawa ke alam sana. Jom baca ‘kisah’ yang orang kongsi dan aku sebarkan ni.

” Jom fikir-fikirkan…

Bila kita mati, tiada lagi orang ziarahi.
Bahkan, selepas beberapa ketika anak & isteri akan kembali ceria seperti biasa…….

Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari…..

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang-barang itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dengan kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yang akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yang mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan-kawanmu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan….

Demikianlah “Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia”. Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yang sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh-sungguh;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yang disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insyaAllah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. “Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin”

Allahurabbi… Kubur itu semakin dekat untuk didiami…

From WhatsApp with love. O_O

Raja dan hamba.

Posted: April 21, 2015 in reminder
Tags: , ,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rasanya kamu dah baca ‘cerita’ tapi aku tetap nak sebarkan. Jadi, baca sajalah. Ya!

” Seorang raja mempunyai seorang hamba lelaki. Pada semua keadaan, hamba tersebut selalu berkata:
“Rajaku jangan berkecil hati dan kecewa kerana Allah itu baik dan apa yang Allah lakukan adalah sempurna, tiada kesilapan”.

Pada suatu hari, mereka pergi memburu dan haiwan buas telah menyerang raja, hamba raja itu  berjaya membunuh haiwan itu tetapi tidak dapat menyelamatkan satu jari baginda.

Marah dan tanpa menunjukkan rasa terima kasih, Raja berkata: “Jika Tuhan adalah baik, saya tidak akan diserang dan hilang satu jari.”

Hamba itu menjawab: “Walaupun semua ini terjadi, saya hanya boleh berkata kepadamu: “Allah adalah baik dan semua yang Dia lakukan adalah sempurna, Dia tidak pernah salah.”
Marah dengan jawapan itu, raja memerintahkan supaya hamba itu dimasukkan ke dalam penjara.
Ketika dibawa ke penjara, katanya kepada raja lagi: “Allah itu baik & sempurna.”

Beberapa hari kemudian, raja ditinggalkan sendirian untuk memburu dan telah ditangkap oleh orang asli yang menggunakan manusia untuk di korbankan.

Saat raja itu mahu dikorbankan, orang asli itu mendapati bahawa raja tidak mempunyai satu jari, dia dibebaskan kerana dia dianggap tidak “lengkap” untuk dipersembahkan kepada tuhan mereka.

Sekembalinya ke istana, ia memerintahkan supaya hambanya dibebaskan dan berkata: “Kawan, Allah adalah benar-benar baik untuk saya. Saya hampir tewas tetapi kerana kekurangan satu jari. Saya dilepaskan.”
Tetapi saya mempunyai satu soalan; “Jika Tuhan begitu baik, mengapa Dia membenarkan saya untuk meletakkan anda di dalam penjara?”
Hambanya menjawab; “Raja, jika saya belum dimasukkan ke dalam penjara, saya akan pergi dengan anda, dan akan dikorbankan, kerana saya tidak mempunyai jari yang hilang.”

Semua yang Allah izinkan terjadi adalah baik dan sempurna. Dia tidak pernah salah.
Sering kali kita mengeluh tentang hidup, dan pemikiran negatif dalam diri kita membunuh positif dalam diri kita. Jadi berfikir positif dan percaya Allah pada setiap masa.”