Hidup lawannya mati.

Posted: April 13, 2015 in reminder
Tags: ,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

“”Mati itu pasti; “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian, tiada yang akan terselamat. Ini satu ketetapan kepada setiap yang bernyawa, manusia, jin, semua bergelar makhluk termasuk juga malaikat. Kematian sakaratul maut itu mempunyai perkara yang menyakitkan.”

“Pedihnya sakaratul maut itu adalah kerana penghapusan dosa di dunia. Supaya roh itu keluar, berjumpa dengan Allah سبحانه وتعالى di dalam keadaan sejahtera bersih dari dosa. Kadang-kadang matinya tidak sakit, tapi bukan berarti dia ahlil jannah, tapi di angkat perasaan sakit itu oleh Allah سبحانه وتعالى di dunia, agar mereka tidak mendapat ihsan atau pertolongan Allah lagi di akhirat. Sakit atau tidak semuanya mempunyai rahsia tersendiri oleh Allah سبحانه وتعالى.”

“Orang yang imannya di terima oleh Allah سبحانه وتعالى, rohnya ketika keluar diringankan sakitnya, dikeluarkannya dengan penuh kelembutan. Tetapi bagi yang tidak beriman, akan di cabut oleh malaikat seperti ibarat paku yang melekat pada papan, tidak dapat dicabut tetapi dipaksa cabut.”

“Kehidupan dunia banyak masalah dugaan dan cabaran. tidak mungkin tiada. Tempat yg tiada masalah itu di sana dijannah, jadi belajarlah menghadapi masalah. Jangan minta dipercepatkan balasan atas penat lelah ibadah dan berbuat kebaikan itu di dunia, kerana ianya tidaklah kekal.”

“Tidak seorang pun yang dapat mengetahui ganjaran oleh Allah سبحانه وتعالى di akhirat kerana syurga adalah jauh lebih tinggi dari apa yang kita khayalkan. Apa yang kita bayangkan. Mendidihnya api neraka itu sehingga memercik-mercik apinya, dan neraka itu kenal akan siapa penghuninya, kemarahan neraka itu kepada penghuninya amatlah dahsyat.”

“Nikmat Allah سبحانه وتعالى kepada manusia di akhirat, di jauhkan daripada api neraka dan di masukkan ke dalam syurga. Orang itulah orang yang berjaya. Orang yang berfikir hidup hanya sekali jadi enjoylah, ialah org yang tertipu dengan kenikmatan dunia yang sementara. Penuh dengan tipu daya.”

“Pada suatu hari, Nabi Yaakub a.s di datangi oleh Malaikah Maut, dan beliau bertanya: “Apakah tujuan kau kali ini wahai Malaikat Maut? Adakah untuk menziarahi aku atau mencabut nyawaku?”

“Malaikat Maut menjawab; “Aku telah di utuskan untuk datang mencabut nyawamu. Nabi Yakub berkata; “Bukankah Kau pernah berjanji padaku untuk memberi Pertanda sebelum engkau mencabut nyawaku?”

“Malaikat Maut pon menjawab; “Ya. Wahai Nabi Allah, aku pernah berjanji, tetapi sudah kah pertanda itu jelas nyata? Aku telah memberikanmu tiga pertanda. Yang pertama, Dulu Tubuhmu yang kekar dan kuat kini sudah semakin lemah. Yang kedua, Dulu kau Segak berjalan, sekarang kau sudah bongkok. Yang ketiga, Dulu rambut mu hitam, sekarang rambut sudah putih. Apa yang ingin di ingatkan bahawa, Allah mengingatkan kita Usia itu akan lanjut, pinjaman saja. Gunakan ia dengan sempurna dan gunakanlah ia untuk beribadah. Manfaatkan itu umur.”

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid.””

p/s: peringatan untuk diri sendiri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s