Posts Tagged ‘air’

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam 1 dunia (jari telunjuk).

image

Lama-lama sekali baru aku menaip. Selamat hari raya pada semua yang sudi menjengah ke sini. Ampun maaf di pinta manalah tau ada apa-apa yang aku silap, terguris hati dan perasaan kamu yang macam kulit bawang tu (betul ke?) hehe. Pandai cakap ke orang kan? Heh.

Rasa lemas bila tarik nafas, kenapa? Sebabnya ada air dalam hidung. Tarik nafas air tu pun ikut naik ke pangkal hidung. Air apa? Air “cendol” yang aku buat sejak dua hari lepas. Eee geli geleman tekak bila dibayangkan ye! Haha rasakan biar muntah hijau orang yang membaca entri ni..heh

Erm lama dah air “cendol” ni tak buat reunion dalam lubang hidung aku ni. Kali ni tak tau berapa hari la diorang tu berkumpul. Harap-harap tak lama sangat, kurang selesa aku dibuatnya nanti. Biasanya kalau air “cendol” ni buat reunion, tangkap urat dibuatnya. Mulalah rasa sengal-sengal badan. Dengan bersin yang tak sudah-sudah lagi. Aaachimmm!

Nak ke klinik malas, telan air panadol soluble je lah. Harap berkesan dan diorang punya reunion tu bersurai awal. Pergi buat reunion dalam lubang hidung orang lain pula, hehe.

p/s : apa-apa saja lah.

pagi-pagi bangun gosok mata, termenung atas katil, tengok kiri kanan “lambat lagi ni” baring semula sambung tidur. sejam kemudian bangun semula, gosok-gosok mata, termenung lagi tengok kiri kanan “alamak! sudah lewat” turun katil ambil tuala berkejar masuk bilik air.

masuk bilik air habis “termenung”  baru gosok gigi, kaki main acah-acah ke arah air shower yang terpasang. grrrr sejuk! selesai semua perkara. keluar bilik air dengan badan yang menggigil menahan sejuk. grrrrrrrrr!!! (more…)