Posts Tagged ‘anak yatim’

Ujian atau dugaan?

Posted: April 23, 2014 in personal
Tags: , , ,

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

image

Dengan lafaz ‘bismillahirrahmanirrahim’ aku memulakan rutin harian. Kerja sendirian berhad, jadi semuanya perlu dibuat sendiri. Alhamdulillah, walaupun adakalanya rasa bosan menunggu pelanggan tapi, dah hampir 11 tahun kan jadi teruskan sahaja. Hidup mesti diteruskan dan tak perlu disia-siakan segala usaha yang telah dicurahkan selama ni.

Hakikat kehidupan, ada masa senang ada masa susah. Kalau senang ‘alhamdulillah’ kalau susah juga ‘alhamdulillah’. Semua tu ujian dari-Nya. Si anak yatim yang aku sebut sebelum ni juga ujian kan? Atau boleh juga dikatakan sebagai dugaan? Lain ke makna antara dua perkataan tu? Ada kamus dewan tak? Nak tau juga apa definisi dua perkataan tu. Lain ke definisinya atau sama saja. Memandangkan aku menaip ni guna wordpress versi mobile jadi lain kali lah aku bagi definisi dua perkataan tu. Atau kamu cari, dan bagi tau aku apa definisi dua perkataan tu.

Si anak yatim tu baru je lepas mengendeng aku minta duit nak isi minyak motor. Nak pegi ‘cucuk duit’ katanya. Dan katanya, lepas ‘cucuk duit’ nanti dia akan bayar sikit hutang dia. Itu kata dialah. Actually dah lima tahun aku dengar dia duk ulang ayat ‘lepas cucuk duit, nak bayar hutang’. Kalau aku cucuk perut dia dengan pisau baru ada akal. Baka!

p/s : lebih kurang muka comot tu la muka aku bila dengar dia kata ‘cucuk duit, bayar hutang’.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

image

Anak yatim perlu dibantu, kalau diorang memerlukannya.. kan? Kalau diorang ada masalah, orang yang berkemampuan perlu hulurkan tangan, meringankan beban diorang. Actually bukan anak yatim je kan? Kalau ada hamba Allah yang memerlukan bantuan, perlu ada hamba Allah lain yang menghulurkan tangan, meringankan beban.

Ini cerita tolong-tolong memang agak menaikkan darah. Anak yatim memang perlu dibantu tapi macamana pula dengan anak yatim yang hidupnya hanya mengharapkan bantuan? Duduk melangut bawah pokok, tunggu orang lalu lalang dengan harapan adalah manusia yang sudi menghulur seringgit dua? Kudrat yang Allah bagi tu tak dimanfaatkan sebaik mungkin untuk berusaha mencari rezeki? Bukankah Allah tak suka melihat hamba-Nya duduk saja tanpa ada usaha untuk meningkatkan taraf hidup? Adakah status anak yatim dia tu membolehkan dia hanya menadah tangan menagih simpati?

Bukan budak kecik la tapi dah tua bangka! Kalau budak kecik lain cerita, boleh faham kesusahan diorang nak cari rezeki. Yang ini badannya katang, badannya segar, kudratnya…tak dapat nak pastikan sebab tak pernah nampak dia buat kerja. Apa yang pasti, hari-hari duduk melangut bawah pokok menagih simpati. Perut lapar minta makan dengan orang. Takde duit pun minta dengan orang. Perut kenyang, duit beli rokok dah dapat, sambung duduk melangut bawah pokok. Sembangnya lebat bukan main. Hish!