Posts Tagged ‘badan sihat’

Apa lagi?

Posted: September 6, 2013 in personal
Tags: , , , , , , ,

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam 1 dunia.

image

Apa lagi yang aku nak? Erm soalan tu aku tak boleh nak bagi jawapan. Tanya lah macam mana pun jawapannya memang tak boleh nak bagi. Aku tak tahu apa lagi yang aku nak.

Erm nak duit banyak? Kena usaha dan fokus pada kerja. Jangan buat kerja separuh hati nanti apa pun kerja tak menjadi. Kata nak duit banyak, kena lah kerja kan? Doa, usaha, ikhtiar dan tawakal. Buat semua tu dan yakin bahawa Dia sentiasa ada, dapat lah duit banyak. Insha Allah.

Nak badan sihat? Jaga lah kesihatan, jangan dedahkan diri dengan benda-benda yang boleh memudaratkan badan. Rokok kena berhenti, makan jangan ikut selera tekak. Seimbangkan diet, jangan semua benda nak sumbat. Rehat kena cukup tapi jangan terlebih rehat. Terlampau rileks sakit juga badan tu. Peluh tak keluar, badan lemau sebab banyak sangat racun yang berkumpul dalam badan. Nak keluarkan racun melalui peluh kena bersenam. Duduk dalam bilik mengadap komputer sehari suntuk boleh keluar peluh juga tapi bukan peluh yang menyihatkan. Kena workout keluarkan peluh. Berlari, berjogging, ketuk ketampi ke..heh. Erm bershopping di kira sebagai senaman tak? Berjalan keliling pasaraya, turun naik tangga bangunan yang bertingkat-tingkat tu. Keluar peluh juga kan? Tapi “modal” nak keluarkan peluh tu besar sikit la, hehe.

Apa lagi nak? Bini? Dah bersedia ke? Solat lima waktu cukup ke? Perancangan untuk masa depan ada ke? Dah ada sumber untuk tanggung makan pakai anak orang ke? Backup untuk kecemasan ada ke? Simpanan ada buat tak? Poket kempis selalu atau kadang-kadang kempis atau sentiasa kembung? Ilmu rumahtangga dah ada? Ilmu untuk bimbing diri dan bini ada? Jangan kata nak ke syurga kalau ilmu dunia saja yang ada, ilmu akhirat penting juga. Boleh bertolak ansur ke? Atau hanya fikir diri sendiri saja. Erm semua soalan tu yang selalu jadi punca semangat yang berkobar-kobar bak api obor olimpik jadi makin malap.

Apa lagi nak? Macam-macam nak tapi usaha tak ada, harap orang lain punya usaha, semua benda nak mudah saja. Poket kempis pinjam kat orang, ada duit tak kenal orang. Poket kembung belanja sakan macam hidup dah nak berakhir, bila poket “bocor” baru ingat nak ke masjid, duduk tepi dinding mulut mula berzikir. Alhamdulillah dapat pahala tapi tak kena cara. Hehe

p/s : apa lagi nak? sendiri mau ingat. peace ^^

Bismillah, salam dan selamat sejahtera.

Aku tembam? heh.

Siang tadi masa aku makan tengah hari ada seorang pakcik duduk satu meja dengan aku dan aku pelawa dia makan sama. Sebenarnya tak tengah hari sangat tapi kira tengah hari juga sebab masa tu jam sudah 12 tengah hari (ayat pusing) hehe.

Masa aku sedang asyik menikmati hidangan di depan mata, pakcik mula membuka bicara.

pakcik : ini makan tengah hari ke sarapan?
aku : dua-dua sekali sebab saya tak sarapan.
pakcik : oh! habis makan ni jam berapa pula engkau makan?
aku : erm biasanya malam nanti baru makan pula.
pakcik : oh! sikit je engkau makan tapi nampak tembam juga.
aku : huh! tembam ke aku ni? (cakap dalam hati)

Hurm.. (more…)