Posts Tagged ‘janji wajib ditunaikan’

Salam satu dunia! Ish! Lama tak mengemaskini blog ni, tup tup muncul nak bercerita pasal PRU pula? Heh…

Pakatan Rakyat vs Barisan Nasional, agak-agak yang mana satu akan menang? Jika mengikut pandangan aku yang tak berapa nak terang ni, PR ada peluang untuk menambah “kerusi” dan BN pasti akan bermati-matian untuk memastikan kemenangan besar berpihak kepada mereka. Tapi jujur aku cakap, dua-dua kuasa ni ada kelebihan masing-masing dan kedua-duanya perlu ada untuk memastikan kestabilan ekonomi, sosial dan segala macam keperluan masyarakat umum.

Tanpa salah satu maka pincanglah sesebuah organisasi. Kenapa? Macam dalam kehidupan manusia juga, Allah ciptakan semua makhluk-Nya berpasangan, saling menegur, saling nasihat menasihati. Walaupun caranya nampak macam bergaduh tapi kalau tak kerana adanya pembangkang tak mustahil negara akan jadi hak milik seseorang atau sesuatu organisasi sebab pemerintahan ditangan mereka, salah silap tiada yang menegur makanya mereka akan fikir apa yang mereka buat semuanya betul walhal hakikatnya keputusan yang dibuat itu menyusahkan pihak yang lain. (more…)