Posts Tagged ‘manusia’

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hmm, tak payah intro lah. Aku straight to the point je lah. Ada orang kongsi kisah ni dan aku rasa tertarik untuk sebarkan. Jom baca.

” (Kisah 3 Makhluk)

Manusia – Eh, dah subuh dah?
Malaikat – Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan – Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni…awal lagi ni..zzZZz

Manusia – Nak makan, laparlah ..
Malaikat – Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah….
Syaitan – Ahh, tak payahlah… dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia – Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat – Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan – Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia – Alamak, dah lewat!
Malaikat – Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan – Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia – Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat – Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan – Baru pukul berapa.. rilekslah..awal lagi ni.

Manusia – Eh, eh…. tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat – Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan – Perggghh… best tu…rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia – Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat – Wahai anak Adam, cegahlah ia..
Syaitan – Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia – Aku telah berdosa..
Malaikat – Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan – Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat… muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia – Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat – Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan – Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu…Jomlahhh!”

Bestkan kisah ni. Renung-renungkan.

Advertisements

Kecewanya!

Posted: May 5, 2015 in reminder
Tags: , , , , ,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ada sesuatu yang mahu di kongsi. Bacalah ya. Kalau sudi. 😉

” 4 PUNCA UTAMA KECEWANYA MANUSIA.

Allah menciptakan manusia berasal dari sari pati tanah. Yang diberi sifat secara berpasangan. Ada berjaya ada yang gagal, ada suka ada duka, ada gembira ada kecewa. Allah SWT berfirman dalam Surah Yasiin, ayat 36:

سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.

Namun dalam menjalani kehidupan seharian, kadang-kadang perasaan kecewa akan timbul pada diri seseorang. Adapun punca perasaan kecewa tersebut timbul disebabkan beberapa faktor di antaranya adalah:

1. Kecewa Dalam Memenuhi Keperluan Kehidupan.

Kecewa seperti ini adalah kerana kegagalan dalam memenuhi keperluan hidup. Ianya bersifat kebendaan. Seperti pakaian, makanan, rumah, kenderaan dan sebagainya. Kekecewaan seperti ini akan timbul di sebabkan kemiskinan hidup. Jika tak kuat iman, akhirnya jalan pintas akan ditempuhinya sama ada dengan melakukan kejahatan ataupun dengan mengakhiri hidup dengan membunuh diri. 

2. Kecewa Sosial.

Kekecewaan seperti ini timbul kerana konflik dengan sesama manusia sama ada dengan suami, isteri, adik beradik, teman, jiran atau dalam masyarakat. Kecewa seperti ini mempunyai bidang yang luas seperti adat budaya, kekeluargaan, atau fahaman yang berbeza. 

3. Kecewa Moral.

Kecewa moral itu berkait dengan akhlak peribadi. Seperti perasaan bersalah pada diri sendiri, perasaan takut, perasaan menyesal dan lain sebagainya. Hal ini terjadi kerana perbuatan yang pernah dilakukannya dan khuatir akan diketahui oleh orang lain, sehingga ia hidup selamanya dalam keadaan berpura-pura atau dengan cara memencilkan diri dari pergaulan dengan sesama manusia. 

4. Kecewa Dengan Kematian.

Kecewa seperti ini timbul kerana rasa takut menghadapi kematian yang akan datang. Hal ini terjadi kerana perasaan yang berlebihan pada diri seseorang dalam manjalani kehidupan ketika berhadapan dengan sakit dan penyakit yang di hadapinya. Akhirnya perasaan takut mati itulah yang akan menimbulkan perasaan kecewa pada diri seseorang. 

Wahai saudaraku sekalian. Jalani hidup dengan penuh kesabaran dan redha walau apapun yang terjadi. Kerana semuanya sudah ketentuan Allah SWT. 

Ya Allah berilah kekuatan pada diri kami dalam menghadapi cabaran kehidupan di dunia ini. Jauhkan diri kami ya Allah dari perasaan kecewa dalam menghadapinya. Bantulah kami ya Allah dengan Rahmat dan KurniaMu. Aamiiin Ya Robbal ‘Aalamiin !!!!

Wallahu A’lam.”

WhatsApp