Posts Tagged ‘melayu’

Melayu mundur kerana melayu.

Posted: June 11, 2015 in reminder
Tags: ,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ada orang kongsi. Aku setuju dengan apa yang di kata. Dan aku fikir tidak salah jika aku sebarkan kepada kamu. Supaya juga boleh baca, fikir, fahami dan renungkan. Untuk kebaikan bersama.

” Dr Shukri Abdullah
( Pakar Motivasi Malaysia )
Melayu Mundur Kerana Melayu !

Memang mudah tuding jari kepada DAP
Memang senang tuduh MCA atau MIC
Betul ke Cina dan India yang menyebabkan Melayu mundur ?

Melayu alpa.
Melayu merempit.
Melayu ambil dadah.
Melayu gila hiburan.
Melayu asyik berkonsert.

Di dewan – konsert, di padang – konsert,
Di staudium – konset, di TV – konsert.
Hebat Melayu, dari Bintang Kecil ke Bintang Tua !
Angkara Cina dan India kah semua tu ?

Memang banyak cerita Cina diskriminasi Melayu di dunia pekerjaan.
Dalam sektor swasta mereka kuasai.
Sukar anak Melayu nak naik pangkat.
Dunia perniagaan mereka control.
Payah peniaga Melayu nak mencelah sama.

Kita tidak kata Cina dan India 100% tidak bersalah.
Tetapi Melayu juga ada diskriminasi Cina dan India !!

Kita berkata, dimana Melayu boleh kawal kenapa Melayu tidak kawal.
Kenapa Melayu tak kawal hiburan hingga melekakan remaja Melayu.

Hingga kini bukan saja remaja Melayu
Mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan
Barangkali tok dan tok wan Melayu juga !
Bukan saja anak kecil, datuk dan nenek Melayu pun menyanyi.

Pun bergencok.
Pun berlenggang.
Pun lupa diri.

Jadi kalau ramai pelajar Melayu tak tau solat.
Kalau lagi ramai yang tau solat tak bersolat.
Terlalu ramai tak pernah jemaah di mesjid,

Salah Cina dan India lagi ????
Siapa perintah negara setakat ini …. Cina dan India ?
Siapa kesemua PM setakat ini …. Cina dan India ?
Siapa semua hampir kesemua MB-KM setakat ini … Cina dan India ?
Siapa majoriti ketua2 jabatan setakat ini … Cina dan India ?
Siapa ketua Polis dan ketua Tentera setakat ini … Cina dan India ?

SEKARANG ini mari kita pakat perbaiki diri kita.
Perbaiki bangsa kita.
Perbaiki amalan agama kita
Perbaiki anak muda kita.
Perbaiki pelajar kita

Dengan menoleh ke dalam diri kita
Dengan muhasabah kesilapan kita
Dengan ikhlas dengan kekurangan kita
Dengan usaha perhebatkan bangsa kita.
Hanya Melayu yang Islam boleh maju kedepan.

Melayu yang Melayu sukar, lambat dan tak nampak jalan !
Lihat dalam Islam …

Kita diajak berjaya 15 kali sehari, 450 kali sebulan, 5400 kali setahun.
Kan berkemundang “Haiyya Alal Falah”
Dua kali dalam azan, sekali dalam iqamah … 5 kali sehari.
Mari berjaya.
Come to success.
Tetapi “Haiyya Alal Falah” didahului dengan “Hayya Alal Solah”
Maksudnya berjaya ikut acuan Islam.
Mari bersolat, mari berjaya.
Come to solat, come to success.

Rumusan:

Renung bangsa sendiri.
Tengok amalan agama bangsa sendiri.
Teliti kesilapan kealpaan bangsa sendiri.

Muhasabah bangsa sendiri.

Apabila kita asyik tuduh Cina dan India.
Kita tambah dengan Kadazan dan Iban
Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita.
Itu salah kita selama ini.
Usah beralasan lagi.
Mari kita sama-sama cari jalan keluar.

Ayuh Melayu, sama-sama fikir, sama-sama renung. Sama-sama bertindak dengan bijaksana. Bukan emosi tak tentu hala !”

Hmm, apa kata kau? 🙄

Advertisements

Hai Melayu!

Posted: April 9, 2015 in reminder
Tags: , , ,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

 

Tak perlu intro panjang-panjang. Aku terus ke isi utama.

 

Pedihnya sajak A. Samad Said ni …

 

Hai Melayu!

rumahmu semua dibina indonesia,

ekonomi pula dikuasai cina,

golongan profesional semuanya india,

warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,

warga bangla pula menjadi JaGa,

orang Nepal yang menabur baja,

orang pakistan usung karpet jaja merata,

lalu melayu ada apa?

harapkan ustaz, saling menyesat,

harapkan hiburan, lagi best filem barat,

harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat

harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,

harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

 

Hai melayu!

masih mendabik menjadi tuan?

sibuk mahu menjadi tuan,

rupanya kerja kelas bawahan,

ditipu mentah orang atasan,

konon perjuangan ini untuk kalian!

kerja sikit, sembang kencang,

banyak rungut, sikit rancang,

siapa tegur, dituduh lancang

duduk warung, gigit kacang!

 

Hai melayu!

konon kau pantang dicabar,

konon kau tangkas menyambar,

tapi cuma indah khabar,

rentakmu makin lama makin hambar

kau melayu aku pun melayu,

aku menulis bukan cemburu,

aku mahu engkau tahu,

kenapa melayu tak macam dulu…..

 

Hai melayu!

jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,

bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,

kau cuma tahu ber gaya,

 

Hai melayu!

kau melaung-laung di jalan raya,

bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,

pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

 

Hai melayu!

kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,

bila dah kaya kau jadi puaka,

ini tandanya kau sudah derhaka!

 

Hai melayu!

sedarlah bangsa ku,

buka lah minda mu,

bersatulah bangsa ku,

kerana malaya bukan lagi milik mu !

aku pun melayu,

engkau pun melayu,

bodoh sombong harus di tepis,

riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,

bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,

kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa….

 

Tak terasa ke, melayu?

Bahasa.

Posted: July 4, 2013 in personal
Tags: , , , , ,

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Orang kata dunia itu bulat dan luas. Pelbagai jenis bangsa menetap di seluruh pelusuk bumi. Pelbagai jenis bahasa dituturkan oleh penduduk bumi. Tak perlu aku sebut semua tu, lagi pula tak semua bahasa aku tahu namanya apatah lagi nak mengucapkannya. Aku cuma tahu bahasa melayu dan sedikit english. Masih belajar untuk menggunakan english dan mungkin masih lama sebelum aku dapat menggunakan english sebaik mungkin.

Aku terbaca satu status tentang “third world people using broken english”. Is that a big deal for you? At least we learn how to use your language, we understand what’ve you said or write but you? Did u understand what’ve we said? Did u know what are we talking about? U will never know even when we talk dirty about U because U don’t want to learn about our language so serve U right!

Bahasa kebangsaan bahasa melayu tapi berapa ramai yang tahu menyebutnya? Orang melayu pun dah ramai yang tergeliat lidah nak sebut bahasa melayu. Pak menteri buat sidang akhbar pun tak reti nak cakap melayu. Buat sidang akhbar dalam negara, bercakap depan orang melayu, orang malaysia tapi cakap bahasa orang seberang laut. Penat je cikgu bahasa melayu ajar guna bahasa melayu dengan elok akhirnya anak murid semua cakap bahasa seberang laut. Kesian!

*meroyan agaknya*

p/s : sapa yang kena gigit dek semut dia yang akan rasa gatal..peace! Heh