Posts Tagged ‘memujuk rayu’

Aku baru nak melabuhkan punggung di atas kerusi tiba-tiba datang sepasang suami isteri sambil mendukung anak. Si suami buat muka minta kaki, si isteri buat muka seposen. Si suami mula membuka mulut, “nuar, aku nak minta tolong sikit”. Aku dah agak memang itu lah ayat yang akan keluar dari mulut si suami. Si isteri buat acuh tak acuh dengan sikap si suami.

“Nak minta tolong apa?”, aku pula yang bertanya.
“aku nak pinjam duit sikit, nanti dua tiga hari aku bayar semula”, kata si suami.
“boleh percaya ke? sebelum ni itu juga ayatnya, ni dah setahun lebih tak berbayar juga”, aku kata.
“boleh la nuar, aku minta tolong sangat-sangat dengan kau”, si suami mula memujuk rayu.
Aku tengok muka si kecil, aku simpati pada dia sebab dapat ayah yang tak reti nak usaha mencari rezeki. Dan kerana si kecil rm50 bertukar tangan.

Itu kisah dua tahun lalu, sekarang si isteri dan si kecil sudah tiada, kedua-duanya dah balik kampung selepas perceraian berlaku. Dan hutang tetap tinggal hutang, bila di tanya bila nak bayar jawapannya “NANTI DULU”.

Sekarang si duda haprak tu muncul semula selepas hampir setahun menjadi buruan polis. Jadi buruan sebab dia tu “mat pit” dan jenis “panjang tangan”. Aman sekejap hidup aku bila dia takde tapi hari ini? DIA MUNCUL SEMULA

p/s bersambung?