Posts Tagged ‘mengundi’

Bismillahirrahmanirrahim. Selamat sejahtera semua.

5 mei 2013, pilihanraya umum malaysia yang ke 13 akan berlangsung. Tarikh yang telah sekian lama di tunggu oleh seluruh rakyat malaysia (tunggu ke?). Seminggu saja lagi seluruh rakyat yang layak akan keluar menunaikan tanggungjawab, mengundi bagi memilih untuk menentukan siapakah yang akan menerajui pucuk kepimpinan negara malaysia yang tercinta ini (tak layak pergi main jauh-jauh). heh

Suasana kempen yang berlangsung juga semakin panas membahang. Pelbagai isu yang dimainkan, pelbagai gelagat yang dapat dilihat sepanjang tempoh kempen berlangsung. Provokasi sentiasa berlaku diantara pihak yang bertanding. Masing-masing bertungkus-lumus bekerja siang dan malam bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Dalam tempoh kempen ini lah rakyat malaysia akan dihidangkan dengan pelbagai perkara. Isu-isu yang dimainkan adakalanya lucu apabila di dengar,

(more…)

Bismillah. Salam dan selamat sejahtera.

Semakin hampir tarikh untuk mengundi semakin banyak isu yang akan terpampang di media. Samada benar atau tidak isu yang disebut hanya Dia saja yang tahu. Almaklumlah zaman sekarang ni orang sudah tidak hirau dosa atau pahala asalkan apa yang dihajati terlaksana.

Soal penyokong ni bagi aku tak perlu di tuding jari yang dianugerahkan oleh Allah tu kepada sesiapa. Penyokong ini taksub, penyokong itu taksub, tak perlu semua tu.

Isu ni tertulis dalam akhbar berita hairan hari ini (17 april) muka surat empat puluh lapan.
(more…)

Bismillah, selamat sejahtera.

Pada 3 april yang lalu, parlimen malaysia telah dibubarkan. Sejak dari itu, teka-teki mula bermain di benak fikiran masyarakat malaysia. Bilakah tarikh penamaan calon dan seterusnya tarikh bagi membuang undi akan diumumkan. Tarikh penting bagi seluruh masyarakat malaysia untuk menentukan hala tuju negara.

Dikhabarkan suruhanjaya pilihanraya telah mengadakan mesyuarat pada isnin lalu (8 april) dan semalam (10 april) pengerusi suruhanjaya pilihanraya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon telah ditetapkan pada 20 april 2013, tarikh pengundian awal pada 30 april dan tarikh bagi mengundi telah ditetapkan pada 5 mei 2013.

(more…)