Posts Tagged ‘menu’

Menu Ramadhan.

Posted: June 16, 2015 in reminder
Tags: ,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Menu Ramadhan. Kalau cari di Bazar Ramadhan memang tak akan jumpa. Menu ni hanya boleh jumpa dalam diri kita. Jom buat persiapan untuk menyediakan menu-menu ni.

” 30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN.

1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.

2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam.

3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.

4. Beri makan orang puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.

4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.

5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.

6. Sunat dhuha setiap pagi.

7. Sedekah setiap hari minima seringgit.

8. Pastikan sahur setiap hari.

9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.

10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.

11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.

12. Kurangkan ziarah ke bazar-bazar ramadhan.

13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.

14. Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasik.

15. Jauhkan aktiviti yang lagha.

16. Zikir harian, banyakkan berdoa.

17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dalam sehari.

18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah.

19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.

20. Menjaga dan menghubung silaturrahim

21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna ( bukan berpakaian tapi bertelanjang)

22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara-perkara yang dilarang.

23. Tidak berlebih-lebihan mahupun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka.

24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat – solat sunat rawatib.

24. Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)

25. Lazimi untuk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.

26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah.

28. Menjaga ikhtilat – hubungan antara lelaki dan perempuan.

29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.

30. Ikhlaskan hati kerana Allah – hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir kita.”

Syaitan kena ikat sepanjang Ramadhan. Jadi kalau masih juga buat perkara-perkara yang tak sepatutnya, maknanya diri sendirilah syaitan tu.

ps: orang kongsi, aku sebar.

Advertisements