Posts Tagged ‘muka ketat’

Arghh! Seluruh badan rasa lemah bila dia datang menyerang. Aku rasa dah lama dia tak menyerang tapi semalam dia datang semula. Erm adakah sebab aku makan maggi semalam atau pun sebab kena hujan? Kalau nak kata sebab maggi mungkin juga sebab perencah yang ada tu…. Selalunya lepas aku makan dia memang akan menyerang tapi takdelah seteruk ni. Selalunya lepas telan dua biji dia terus blah ini dah dua hari masih tak reti juga nak blah. Degil betul dia kali ni, nak boikot maggi la 😦

Malam tadi disebabkan dia aku tak dapat nak buat apa, bad mood aku dibuatnya. Nak menulis idea takde, nak blogwalking mood kelaut, nak tidur awal dia tak habis-habis menyerang sudahnya aku layan command & conquer tapi tak sempat nak serang orang aku dah lena. Aik! hebat betul penangan c&c, baru online terus lena padahal bukan main susah nak lena. (more…)