Posts Tagged ‘nafsu’

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sekejap saja masa berlalu, ramadhan bakal tiba tak lama lagi. 10 Julai 2013 seluruh umat Islam di negara ni (malaysia) akan mula menunaikan ibadah puasa. Semua kena berpuasa kecuali bagi mereka yang uzur, musafir. Puasa bukan tentang tak makan, tak minum saja. Banyak lagi perkara yang kita perlu ‘puasa’ sebenarnya. Puasa mulut daripada mengumpat, mengata perkara yang tak elok. Puasa mata daripada melihat perkara yang tak sepatutnya. Senang kata semua kena puasa.

Puasa juga mengajar kita bersabar sebenarnya. Bagi yang selama ni kerjanya hanya nak marah tu, ramadhan ni kena lah lawan baran tu. Sabar itu sebahagian daripada iman *tengok cermin* Heh

Puasa ni juga mengajar kita erti syukur. Sebelas bulan dalam setahun kerja kita makan je. Ada sesetengah manusia nak makan pun susah jadi sepanjang sebulan kita berpuasa ni ia mengingatkan kita supaya bersyukur dengan rezeki yang kita dapat. Kita mengeluh makan itu tak sedap, ini tak sedap, makan sikit buangnya banyak. Membazir, syaitan suka berkawan dengan orang yang suka membazir.

Membazir, erm perkara ni makin kerap berlaku dalam bulan ramadhan. Pergi bazar ramadhan, perut lapar, nafsu melonjak-lonjak, rambang mata tengok makanan yang dipamer penjual. Semuanya nampak sedap di mata, beli tiga empat jenis makanan. Masa berbuka, minum air segelas perut dah rasa kenyang selebihnya simpan untuk makan malam? simpan untuk sahur? jika simpan dan di makan kemudian bagus lah cuma dikhuatiri semua tu tempat simpannya adalah tong sampah. Memang hak kita nak makan apa saja, duit kita yang keluar beli semua tu cuma bila difikirkan semula kita kalah pada nafsu. Syaitan dikunci nafsu pula mengambil alih, nauzubillah.

*tengok cermin*

p/s : salam ramadhan buat semua umat Islam. semoga segala amalan kita mampu membawa kita ke syurga kelak. Peace! 😉

Advertisements

Bismillahirrahmanirrahim. Salam sejahtera semua.

image

Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah. Manusia ada akal dimana itu adalah perkara utama yang membezakan antara manusia dan haiwan. Namun tak semua manusia dapat menggunakan akal yang dianugerahkan dengan sebaik mungkin. Ramai dikalangan manusia ni ‘diakalkan’ oleh akal mereka sendiri sebab itu lah tindak tanduk mereka tiada beza dengan haiwan malah ada juga yang lebih haiwan daripada haiwan. Buat anak lepas tu buang merata-rata, dalam tong sampah, atas tangga masjid/surau, campak dalam sungai, ada haiwan buat perkara tu? takde kan tapi manusia buat malah anak haiwan tu pun manusia juga yang buang merata-rata.

Manusia hisap dadah. Beribu-ribu duit habis untuk dapatkan bekalan dadah, tak cukup duit sendiri duit orang dia sapu, barang orang dia rembat semata-mata nak memenuhi kehendak nafsu serakah. Mak bapak sendiri sanggup di tumbuk, di tendang, di terajang dan bermacam-macam jenis ‘di’ lagi yang tak sepatutnya terjadi tapi ianya terjadi. Hurm apa nak jadi? Akal ada tapi tak boleh pakai.

Berjudi, manusia yang jadi ‘tahi judi’ ni akal dia hebat sebab macam-macam cara diorang boleh buat semata-mata nak dapatkan ‘nombor baik’ untuk menjamin pelaburan diorang tu berbaloi. Jumpa tok bomoh sana, tok bomoh sini kononnya nak beli ‘nombor baik’ tapi diorang tak sedar tok bomoh tu yang beli nombor dia, lima puluh ringgit bahkan ada yang beribu-ribu tok bomoh tu dapat ‘nombor’ dari diorang. Hebatkan tok bomoh tu akalkan diorang, hehe.

Akal manusia ni hebat tapi sayang tak semua manusia pandai menggunakan akal. Nafsu mengatasi akal maka jadilah manusia nakal. Apa yang Allah larang itulah yang diorang buat, apa yang nabi ajar itulah yang diorang sangkal. Moga dijauhkan segala perbuatan mungkar dari lubuk pemikiran dan perbuatan aku dan kamu semua. Moga kita dapat menggunakan nikmat akal dengan sebaik-baiknya dan yang paling penting akal kita sentiasa berada di atas landasan syariat. Moga kita selamat bukan saja di dunia malah selamat juga di akhirat kelak.

*peringatan buat diri sendiri*

p/s : akal tanpa iman, nafsu tepuk tangan.