Posts Tagged ‘parlimen bubar’

Bismillahirrahmanirrahim. Salam 1 Dunia.

Sambil buat kerja aku belek berita hairan yang sememangnya dilanggan setiap hari dan muka depannya tertulis parlimen bubar seawal esok. Sebenarnya aku tak berapa minat pun baca tapi disebabkan kebosanan dan ingin tahu apa isi disebalik tajuk tersebut makanya mata aku mula menari-nari diatas kertas melihat apa yang telah diluluskan oleh editor berita hairan untuk disiarkan kepada umum.

Alkisahnya jabatan perdana menteri telah mengedarkan surat kepada semua ahli jemaah menteri supaya hadir ke mesyuarat berpakaian gelap dan bertali leher merah bagi lelaki untuk sesi bergambar bersama perdana menteri dan timbalannya sebelum mensyuarat terakhir kabinet sebelum dibubarkan. Itulah yang mata aku baca di berita hairan tadi. (more…)