Posts Tagged ‘puasa’

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sekejap saja masa berlalu, ramadhan bakal tiba tak lama lagi. 10 Julai 2013 seluruh umat Islam di negara ni (malaysia) akan mula menunaikan ibadah puasa. Semua kena berpuasa kecuali bagi mereka yang uzur, musafir. Puasa bukan tentang tak makan, tak minum saja. Banyak lagi perkara yang kita perlu ‘puasa’ sebenarnya. Puasa mulut daripada mengumpat, mengata perkara yang tak elok. Puasa mata daripada melihat perkara yang tak sepatutnya. Senang kata semua kena puasa.

Puasa juga mengajar kita bersabar sebenarnya. Bagi yang selama ni kerjanya hanya nak marah tu, ramadhan ni kena lah lawan baran tu. Sabar itu sebahagian daripada iman *tengok cermin* Heh

Puasa ni juga mengajar kita erti syukur. Sebelas bulan dalam setahun kerja kita makan je. Ada sesetengah manusia nak makan pun susah jadi sepanjang sebulan kita berpuasa ni ia mengingatkan kita supaya bersyukur dengan rezeki yang kita dapat. Kita mengeluh makan itu tak sedap, ini tak sedap, makan sikit buangnya banyak. Membazir, syaitan suka berkawan dengan orang yang suka membazir.

Membazir, erm perkara ni makin kerap berlaku dalam bulan ramadhan. Pergi bazar ramadhan, perut lapar, nafsu melonjak-lonjak, rambang mata tengok makanan yang dipamer penjual. Semuanya nampak sedap di mata, beli tiga empat jenis makanan. Masa berbuka, minum air segelas perut dah rasa kenyang selebihnya simpan untuk makan malam? simpan untuk sahur? jika simpan dan di makan kemudian bagus lah cuma dikhuatiri semua tu tempat simpannya adalah tong sampah. Memang hak kita nak makan apa saja, duit kita yang keluar beli semua tu cuma bila difikirkan semula kita kalah pada nafsu. Syaitan dikunci nafsu pula mengambil alih, nauzubillah.

*tengok cermin*

p/s : salam ramadhan buat semua umat Islam. semoga segala amalan kita mampu membawa kita ke syurga kelak. Peace! 😉

Advertisements