Posts Tagged ‘syaitan’

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hmm, tak payah intro lah. Aku straight to the point je lah. Ada orang kongsi kisah ni dan aku rasa tertarik untuk sebarkan. Jom baca.

” (Kisah 3 Makhluk)

Manusia – Eh, dah subuh dah?
Malaikat – Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan – Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni…awal lagi ni..zzZZz

Manusia – Nak makan, laparlah ..
Malaikat – Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah….
Syaitan – Ahh, tak payahlah… dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia – Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat – Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan – Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia – Alamak, dah lewat!
Malaikat – Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan – Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia – Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat – Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan – Baru pukul berapa.. rilekslah..awal lagi ni.

Manusia – Eh, eh…. tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat – Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan – Perggghh… best tu…rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia – Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat – Wahai anak Adam, cegahlah ia..
Syaitan – Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia – Aku telah berdosa..
Malaikat – Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan – Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat… muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia – Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat – Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan – Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu…Jomlahhh!”

Bestkan kisah ni. Renung-renungkan.

Advertisements

BismillahirRahmanirRahim.

Terasa seperti baru semalam melangkahkan kaki ke tahun 2013, rupa-rupanya sudah 151 hari berlalu. Apa saja yang aku buat sepanjang tempoh lima bulan ni? Hurmm, macam-macam tapi aku tak ingat pun apa yang aku buat (rugi).

image

Hai kepada Jun dan bye kepada may yang sudah berlalu. Harapnya segala apa yang aku buat hari ini dan hari-hari seterusnya akan memperoleh berkat dariNya, dipermudahkan olehNya dan akan sentiasa berada di atas landasan syariat. Semoga aku akan sentiasa memperoleh petunjuk dariNya, jauhkanlah aku daripada godaan syaitan yang tak nampak dek mata kasar seorang manusia dan dihindari daripada godaan syaitan yang bertopengkan manusia. Semoga rezeki yang aku perolehi tidak menyebabkan aku dicampak ke dalam api neraka, semoga perbuatan, percakapan dan pergaulan aku tidak menyebabkan dosa aku semakin bertambah. Berikanlah aku ketenangan dan semangat dalam melaksanakan tanggungjawab aku sebagai hambaMu di atas muka bumi ini.

Akhirnya Selamat Hari Keputeraan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong-14.

Tammat.

p/s : for jun babies, happy birthday to all of you. Peace! 😉